Wednesday, October 30, 2013

Apa itu Power Pumping ??


Apa itu POWER PUMPING ??


Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang memerlukan Power Pumping?

- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang 
  perhasilan susu
- Ibu yang ingun relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - 
  akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single Pump 
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

Untuk Double Pump 
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi byk yer. Power pumping memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaallah anda akan berjaya...


Jika anda mengalami masalah susu yg kronik saya cadangkan anda mengambil Set 3M Shaklee






Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Kencing Manis semasa Hamil dan Cadangan Suplimen





Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai gestational diabetes. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 
Diabetes semasa hamil selalunya bermula selepas tiga bulan hamil. Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika tubuh badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ia akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan gestational diabetes


gestational diabetes selalunya akan pulih dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

TANDA-TANDA KENCING MANIS
Bagaimanapun, kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Mereka tidak mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom. Oleh itu, pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. tanda-tanda yg mungkin adalah :
  •  keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur


    KESAN KENCING MANIS TERHADAP BAYI

    Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah : 

    • bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
    • gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
    • jaundis
    • obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.
    •  
    GOLONGAN YANG BERISIKO MEGHIDAP KENCING MANIS 
    • Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30 atau 80kg ke atas.
    • pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih.
    • ibu yang pernah melahirkan kembar
    • ibu yang pernah menghidapi diabetis gestasi sebelum ini.
    • mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kencing manis.

    Untuk yg menghadapi masalah ini anda hanya perlu mengambil supplemen kehamilan seperti yg dicadangkan kerana supplemen ini juga membantu dalam masalah kencing manis

    Antara suplimen Shaklee yang dicadangkan termasuklah :




    ESP
    • membekalkan tenaga dan indeks glisemik yg rendah dan sgt  sesuai kpd pghidap kencing manis
    • Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebihbaik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain.



    B-Complex

    •    menukarkan lemak,karbohidrat,protien kpd tenaga
         dan mengurangkan keletihan



    Vitamin C
    • Antioksidan semulajadi yg mengukuhkan kapilari 
      dan saluran darah


    Ostematrix
    • merupakan kalsium magnesium yg lengkap dan seimbang 
      dgn kadar penyerapan 99%. Menguatkan tulang,gigi dan   
      membekalkan kalsium yg mencukupi  utk ibu dan bayi





    Vitalea
    multivitamin dan mineral yg lengkap dgn zat besi utk kesihatan optimum dan membantu meningkatkan hemoglobin


    Apabila kandungan anda telah memasuki trimester kedua, boleh mulakan pengambilan OMEGA. Khasiat OMEGA 3 sgt baik untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis.


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


    Monday, October 28, 2013

    Hati- hati dengan makanan GMO... Apa itu GMO.??


    MAKANAN GMO ialah makanan yang telah melalui proses pengubahsuaian terhadap sifat genetik mikro-organisma, tumbuhan, atau haiwan dengan memasukkan gen yang telah diubahsuai atau gen daripada jenis atau sepisis yang lain. Organisma yang diubahsuai genetik ini mugkin terdiri daripada mikro-organisma yang telah dicipta untuk digunakan sebagai bio-racun makhluk perosak atau biji benih yang diubah secara genetik bagi menghasilkan tanaman-tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan baik.

    KEBAIKAN.

        Teknologi ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani dan kekurangan makanan di sesetengah negara miskin.

        Teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani ke tahap yang maksimem dan meningkatkan pengeluaran tani di ladang.

        Dapat membaiki kualiti tanaman yang dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius.
        Kos tanaman yang lebih murah.

    KESANNYA, masalah seperti kebuluran dapat diatasi dan harga makanan lebih murah.

    KEBURUKAN. Walaupun teknologi ini mampu mengatasi masalah kekurangan makanan , namun ia tidak diterima sepenuhnya di seluruh dunia dan mendapat tentangan banyak pihak terutamanya pejuang keselamatan makanan.

    Hasil daripada beberapa kajian yang dilakukan juga mendapati makanan ubahsuai genetik ini boleh mengakibatkan beberapa kesan terutamanya dari segi jangka masa panjang pada sesiapa yang memakannya termasuk haiwan dam manusia. GMO boleh berpindah dari satu organisma ke organisma yang lain.

    KESAN.
    Genetik yang baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak disengajakan menyebabkan tumbuhan yang selama ini disangka tidak memberi kesan kepada manusia menjadi tumbuhan beracun yang memberi kesan tanpa dijangka. Kerajaan Malaysia menghalang produk pertanian GMO dari memasuki negara, ini untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat produk pertanian tanpa was-was di pasaran.

    CONTOH MAKANAN GMO. 

        Tomato dengan jangka hayat segar lebih lama.
        Padi golden rice dengan kandungan vitamin yang lebih tinggi.
        Jagung yang rasa lebih manis.
        Kacang soya.
        Kentang.
        Tebu.
        Sayur-sayuran seperti sawi.

    Patut lah sekarang ni kan banyak sangat penyakit yang tiba2 terjadi.

    Nauzubillah.


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    Apa itu Soya GMO dan NON-GMO ???


    Pernah tak kita ambil tahu apa itu GMO? 
    Nampak macam tak penting kan? 
    GMO atau GMOs ni sebenarnya “ Genetically Modified Organism” atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai 
    “ Genetic Engineering” (GE).


    Teknologi GE ini menggabungkan DNA dari spesis berlainan, menghasilkan kombinasi tanaman, haiwan, bakteria dan genetic viral yang tidak stabil yang tidak boleh berlaku dalam sifat semulajadi  sesuatu unsur.


    Salah satu masalah utama dalam teknologi ini (GE) adalah ketika proses memasukkan genetik ke dalam DNA makanan/tanaman itu. Saintis masih buntu halatuju genetik tersebut. Perkara ini boleh mengangu fungsi-fungsi genetik lain yang boleh menyebabkan toksin dan alahan dalam makanan/tanaman tersebut.

    Tragedi Tryptophan
    Satu bentuk genetik suplemen makanan L-tryptophan, yang menyebabkan kematian 37 orang dan melumpuhkan beberapa ribu lebih pada tahun 1989.

    Kentang GM membahayakan tikus
    Pada lewat 1990an, Arpad Pusztai, Ph.D., ahli biologi molekul, menjalankan kajian mengenai kentang yang diubahsuai secara genetik untuk Rowett Institut Penyelidikan di Scotland. Pusztai menjalankan ujikaji pemberian kentang yang diubahsuai itu pada tikus dan mendapati bahawa kentang itu merosakkan usus, organ-organ lain, dan sistem imun.

    Jagung GM menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang tikus
    Satu kajian yang dijalankan oleh saintis Perancis dan disiarkan dalam Arkib Pencemaran Alam Sekitar dan Toksikologi, mendapati gejala keracunan dan kerosakan hati dan buah pinggang pada tikus yang makan jagung GM.

    Soya GM meningkatkan kematian pada tikus dan mengurangkan kesuburan tikus belanda
    Satu kajian 2006 yang dikendalikan oleh Irina Ermikova Negara Rusia Akademi Sains menemui bahawa lebih separuh daripada bayi daripada ibu tikus makan soya GM meninggal dunia dalam tempoh tiga minggu. Dalam satu lagi kajian saintis Rusia mendapati bahawa tikus belanda yang makan soya GM telah hilang keupayaan mereka untuk membiak dengan generasi ketiga. Anak tikus belanda juga mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan kadar kematian tinggi

    Jagung GM membahayakan serangga akuatik
    A 2007 published study by Indiana University environmental science professor found that GM corn produced increased mortality and reduced growth in caddisflies, aquatic insects that are a food resource for higher organisms like fish and amphibians. Satu kajian 2007 yang diterbitkan oleh professor sains alam sekitar Universiti Indiana mendapati bahawa jagung GM menghasilkan peningkatan dalam kematian dan pertumbuhan terbantut dalam caddisflies, sejenis serangga akuatik yang merupakan sumber makanan bagi organism akuatik yang lebih besar seperti ikan dan amfibia.

    Soya GM mewujudkan “gulma super”
    Penggunaan meluas herbisid glifosat yang digunakan dengan bertoleransi herbisid jagung GM, kacang soya, canola, dan kapas telah membawa kepada penciptaan rumpai tahan herbisid infesting berjuta-juta ekar tanah ladang di seluruh Amerika Syarikat.

    Tanaman GM meningkatkan penggunaan racun perosak
    Tanaman diubah secara genetik meningkat penggunaan racun rumpai sehingga mencecah 383 juta paun di Amerika Syarikat 1996-2008, menurut laporan oleh Pusat Organik.

    Nak tahu lebih lanjut tentang GMO?
    http://www.non-gmoreport.com/whatisnon-gmo.php
    http://www.nongmoproject.org/

    ESP Shaklee salah satu produk soya NON-GMO..
    Boleh baca di sini tentang ESP Shaklee. Dulu pun saya tak berani nak ambil mana-mana produk soya sebab banyak terbaca pasal keburukan soya. Bila dah jumpa dengan ESP Shaklee, ada Nampak pasal NON-GMO…dari situ saya buat bacaan dan kajian.. Kesan-kesan keburukan soya banyak persamaan dengan kesan  produk-produk GMO. Barulah faham sebenarnya bukan soya yang membahayakan tetapi cara pembuatan dan cara ia ditanam tu yang membuatkan soya tak selamat untuk diminum..Padahal soya merupakan protein terbaik daripada daging. Jadi jangan tersalah fikir, tersalah anggap sebelum pastikan ia betul-betul salah dan membawa keburukan.

    Saya harap perkongsian penulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak pemahaman anda tentang GMO & NON-GMO…

    Jadi pastikan jika nak beli sesuatu produk pastikan ia selamat & semulajadi.





    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


    This entry was posted in

    Bagaimana memilih protein soya yang terbaik ?




    Apa yang anda tahu tentang minuman soya yang anda ambil?
    Jom kita godek2 ilmu mengenai soya..

    1) kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik-

    bermaksud ditanam tanpa bahan kimia, yang menyebabkan zat soya berkurangan. selain zat kurang, ia boleh menyebabkan kanser juga. jadi, katakan tidak kepada penggunaan pesticides, fungicides dan herbicides semasa pembesaran kacang soya itu.

    2) kacang soya mestilah Non GMO. 

    apa maksud non GMO? maksudnya kacang soya itu tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetik nya dah dimodified dan tidak asli lagi. khasiatnya jugak tidak lagi asli lah.

    3) protein soya mesti ada 9 asid amino lengkap-

    ini kerana badan kita memerlukan 9 jenis asid amino ini (yang diperolehi daripada sumber protein yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan). apa gunanya asid amino? banyak gunanya- hasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi etc. kalau satu jenis asid amino tak ada, immune system badan boleh berkurangan sebagai 30%. ada fungsi badan yang boleh tergendala tanpa asid amino yang lengkap ini.

    4) soya mesti dibersihkan/ diasingkan dengan air, bukan alkohol.

    kenapa? selain alkohol tu haram untuk orang islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavanes dalam kacang soya. kalay soya takde isoflavanes, memang khasiat soya itu langsung tak wujud. isoflavanes terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. ingat tu, soya bukan penyebab kanser ya, tapi cara pemprosesan tu yang menyumbang kepada kualiti soya itu sendiri.

    5) proses pembuatan protein soya bukan melalui pemanasan-

    asid amino yang terdapat dalam protein soya adalah sangat sensitf kepada suhu yang tinggi. memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting sehingga 50%. rugi lah makan tanpa khasiat kan!

    6) bahan anti- thyroid/ anti- growth substance mesti disingkirkan.

    cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protein soya tidak terjejas.

    7) product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium.

    ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah- faedah yang lain.

    Jadi,fahamlah anda sekarang mengapa Shaklee menggunakan soya yang terbaik untuk produk terhebat ESP


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
    This entry was posted in

    Soya : Membahayakan atau Tidak ??



    PROTEIN

    Protein adalah rangkaian asid amino yang bersambung antara satu sama lain ataupun boleh dikatakan nutrisi penting yang terdiri daripada lemak, vitamin, mineral dan air. Setiap bahagian badan kita terdiri daripada protein iaitu kulit, rambut, otot, darah, organ badan, mata, kuku,tulang dan air di dalam badan. Oleh itu kesemua sel – sel badan dibina oleh protein.

    There is no life without protein

    Fungi utama protein ialah membina, mengekalkan dan menggantikan tisu – tisu dalam badan. Otot, Organ dan sesetengah hormon dihasilkan oleh protein. Protein jugan menghasilkan antibodi dan hemoglobin ( berfungsi menghantar oksigen ke sel darah ). Badan kita hanya mampu menghasilkan 14 daripada 20 asid amino. Selebihnya perlu diambil dari sumber makanan samada dari sumber haiwan ataupun sumber tumbuhan. Perlu diingat protein merupakan nutrisi komlpeks yang mempunyai fungsi yang berbeza dalam badan kita. Namun secara keseluruhannya protein membentuk komponen terbesar untuk OTOT, KULIT, TENDON, PEMBULUH DARAH, RAMBUT dan TERAS TULANG/GIGI. Protein membantu pertumbuhan badan, mempercepatkan penyembuhan luka, membentuk kolagen ( menganjal & membentuk badan ). Protein lain yang dipanggil enzim membantu menambah tenaga di dalam badan. Sementara protein yang dipanggil hormon bertindak sebagai ‘Pengurus Projek’ dalaman yang membantu fungsi badan secara normal.

    Sementara itu Dr. Danial Zainal Abidin dari buku beliau yang bertajuk Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden berkata , Protein adalah rangkaian asid amino yang mengandungi karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Ia menjadi komponen utama otot, organ dan kalenjer di dalam tubuh badan manusia. Badan kita memerlukan lebih kurang 20 asid amino bagi diproses menjadi protein. Sembilan daripada asid -asid amino ini perlu diperoleh daripada makanan kerana tubuh badan manusia tidak mampu menghasilkannya. Protein yang terdapat dalam setiap daging dan produk binatang mengandungi asid – asid amino yang perlukan ini secara lengkap. Sebaliknya protein sayur -sayuran, bijirin dan buah – buahan tidak mengadunginya secara lengkap. Oleh itu, mereka yang tidak memakan daging (vegetarian) perlu mengambil pelbagai jenis sayur – sayuran, bijirin dan buah – buahan supaya asid amino yang diperlukannya mencukupi. Bagi menjaga kesihatan, 20 peratus daripada tenaga kalori seseorang perlu datang daripada sumber protein. Sebaik – baik protein adalah yang rendah kadar lemaknya seperti yang terdapat dalam daging binatang ternakan yang dibuang kulitnya, ikan, kekacang dan bijirin. Seseorang yang mengambil daging binatang secara berlebihan akan menaikkan kadar lemak tepu dan kolestrol dalam darahnya dan keadaan ini membebankan buah pinggang dan akhirnya mengancam nyawanya.

    KENAPA PERLU PILIH SHAKLEE SOY PROTEIN (ESP) 



    ESP Shaklee ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempuyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.

    Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi “non – GMO ” ( non-Genetically Modified Organism ) iaitu ia diproses pada kadar suhu yang rendah untuk memastikan kacang soya ini bebas dari kacang soya yang diubahsuai secara genetik. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP) yang memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik bermula ia ditanam (benih) sehingga dituai (pengeluran).

    Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan diadzein. ( Kacang soya dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang 5 bahan sebatian yang berfungsi mencegah kanser. Antara bahan yang tersebut adalah genistein dan diadzein yang mampu menghalang pertumbuhan sel kanser. Di samping itu ahli – ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yang mempunyai formula kimia yang sama dengan ubat tamaxifen yang digunakan secara rutin pada hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian – kajian yang dilakukan ke atas binatang mendapati, kesemua bahan – bahan ini mampu menghalang pertumbuhan sel – sel barah kulit dan usus besar . ~ Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden )

    Setiap 850g ( satu tin ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
    ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
    ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

    Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.
    Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

    KELEBIHAN PENGAMBILAN ESP SHAKLEE

    Awet muda ~ Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain- lain. Pengambilan yang disarankan adalah kunci awet muda.

    Baik untuk hormon ~ Kacang soya kaya dengan isoflavones yang berfungsi seperti hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.

    Baik untuk prostat ~ Genistein yang terdapat dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

    Kulit Remaja ~ Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

    Pembekal Tenaga ~ Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun serta baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsommnia dan tekanan.
    Membaiki Pigmentasi ~ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

    Membaiki Memori ~ Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
    This entry was posted in

    Thursday, October 24, 2013

    Air Kencing : Fahami maksud warnanya




    Warna dan bau air kencing(urin) membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda.Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing.Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut googlechrome urochrome

    Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat,baca lebih lanjut  untuk mengetahui maksud warna air kencing.

    Air Kencing Warna Jernih



    Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup.Ini adalah baik.Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.

    Air Kencing Warna Kuning Terang



    Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin.Jangan risau,warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin dengan betul.

    Air Kencing Warna Oren



    Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan kencing berwarna oren.Kencing berwarna oren juga boleh disebabkan oleh dehidrasi atau tubuh tidak cukup air.Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

    Air Kencing Warna Kuning Gelap



    Air Kencing Warna Hijau


    Mungkin terdapat jangkitan pada pundi kencing.Jika berwarna hijau terang,ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan.Pewarna makanan juga boleh menukar warna air kencing kepada hijau.Bahkan makanan semula jadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan kencing berwarna hijau.

    Air Kencing Warna Biru


    Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B dan Calcium berlebihan.Ubat-ubatan tertentu juga menjadi punca warna kencing biru.


    Air Kencing Warna Coklat


    Menunjukkan keadaan kesihatannya teruk.Jika air kencing anda berwarna coklat segeralah berjumpa doktor.Ini adalah tanda-tanda penyakit Hepatitis,penyakit buah pinggang,Hemolytic anemia dan lain-lain. 

    Air Kencing Warna Merah Pucat



    Jika kencing berwarna kemerahan,kemungkinan ada darah dalam urin itu.Kehadiran darah itu mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing,batu karang,penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

    Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya air kencing anda berwarna merah untuk diagnosis lebih spesifik.


    Rujukan: voices.yahoo.com , www.buzzle.com dan www.webmd.com


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    Vitamin E : Fungsi dan Kelebihannya



    Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

    Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

    Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.

    Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

    Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
    Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

    Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

    VITAMIN E juga bertindak sebagai
    • Awet muda
    • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
    • Mengurangkan parut
    • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
    • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
    • Merawat masalah keintiman
    • Merawat masalah seksual lelaki
    • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

    And yg best vitamin e ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yg dulu






     Kebaikan kesihatan grape seed extract

    • Menyingkirkan radikal bebas
    • Mengurangkan radang (inflammatory)
    • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
    • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
    • Mencegah masalah kelenjar prostat
    • Melambatkan proses penuaan
    • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
    • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
    • Membantu fungsi sistem saraf otak
    • Meningkatkan daya pertahanan

    MASKER VITAMIN E 

    Sebelum tidur

    Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dgn jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka nipis2. 

    atau 

    Pagi 
    Sapu muka dgn plain yogurt dan biarkan selama 5-10min... Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dgn sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu... Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit 



    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
    This entry was posted in

    Sunday, October 13, 2013

    Senggugut : Masalah dan pencegahannya





    APA ITU SENGGUGUT ?

    Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. 

    BAGAIMANA TERJADI SENGGUGUT ?

    Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

    Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa

    JENIS SENGGUGUT

    Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

    Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

    Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut
    • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
    • Jangkitan
    • Radang Rongga Pelvis
    • Endometriosis
    • Penyakit usus seperti apendisitis
    • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

    BOLEHKAH SENGGUGUT DICEGAH ?

    Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.

    Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
    • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
    • Kurangkan garam.
    • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
    • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
    • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
    • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
    • Berhenti merokok
    • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
    • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
    • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

    Doktor juga menyarankan kita mengambil ubat@supplemen bagi mengatasi masalah ini daripada berterusan. Namun pemilihan supplemen semulajadi adalah lebih selamat berbanding ubat yang mengandungi dadah.

    Supplemen Shaklee juga antara pilihan terbaik kerana terdapat set untuk mereka yang mengalami PMS. Bagi anda yang mempunyai masalah ini amat bertuah mengenali produk ini kerana dengan pengambilan supplemen ini juga dapat mencantikkan kulit terutamanya GLA. Di mana dgn pengambilan GLA secara konsisten juga dapat mengatasi jeragat dan pigmentasi..hasilnya kulit yang lebih licin.

    Jom kita tengok apakah supplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah PMS-senggugut ini:~




    GLA COMPLEX

    Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.

    Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
    Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis


    OSTEMATRIX

    Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
    Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain. Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

    Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption. You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.




    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care