Hati- hati dengan makanan GMO... Apa itu GMO.??


MAKANAN GMO ialah makanan yang telah melalui proses pengubahsuaian terhadap sifat genetik mikro-organisma, tumbuhan, atau haiwan dengan memasukkan gen yang telah diubahsuai atau gen daripada jenis atau sepisis yang lain. Organisma yang diubahsuai genetik ini mugkin terdiri daripada mikro-organisma yang telah dicipta untuk digunakan sebagai bio-racun makhluk perosak atau biji benih yang diubah secara genetik bagi menghasilkan tanaman-tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan baik.

KEBAIKAN.

    Teknologi ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani dan kekurangan makanan di sesetengah negara miskin.

    Teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani ke tahap yang maksimem dan meningkatkan pengeluaran tani di ladang.

    Dapat membaiki kualiti tanaman yang dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius.
    Kos tanaman yang lebih murah.

KESANNYA, masalah seperti kebuluran dapat diatasi dan harga makanan lebih murah.

KEBURUKAN. Walaupun teknologi ini mampu mengatasi masalah kekurangan makanan , namun ia tidak diterima sepenuhnya di seluruh dunia dan mendapat tentangan banyak pihak terutamanya pejuang keselamatan makanan.

Hasil daripada beberapa kajian yang dilakukan juga mendapati makanan ubahsuai genetik ini boleh mengakibatkan beberapa kesan terutamanya dari segi jangka masa panjang pada sesiapa yang memakannya termasuk haiwan dam manusia. GMO boleh berpindah dari satu organisma ke organisma yang lain.

KESAN.
Genetik yang baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak disengajakan menyebabkan tumbuhan yang selama ini disangka tidak memberi kesan kepada manusia menjadi tumbuhan beracun yang memberi kesan tanpa dijangka. Kerajaan Malaysia menghalang produk pertanian GMO dari memasuki negara, ini untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat produk pertanian tanpa was-was di pasaran.

CONTOH MAKANAN GMO. 

    Tomato dengan jangka hayat segar lebih lama.
    Padi golden rice dengan kandungan vitamin yang lebih tinggi.
    Jagung yang rasa lebih manis.
    Kacang soya.
    Kentang.
    Tebu.
    Sayur-sayuran seperti sawi.

Patut lah sekarang ni kan banyak sangat penyakit yang tiba2 terjadi.

Nauzubillah.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments