Air Kencing : Fahami maksud warnanya




Warna dan bau air kencing(urin) membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda.Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing.Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut googlechrome urochrome

Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat,baca lebih lanjut  untuk mengetahui maksud warna air kencing.

Air Kencing Warna Jernih



Bermaksud air dalam tubuh anda lebih dari cukup.Ini adalah baik.Walaubagaimanapun air kencing warna jernih juga boleh disebabkan oleh penyakit Hepatitis dan Diabetes.

Air Kencing Warna Kuning Terang



Disebabkan oleh pengambilan supplement vitamin tambahan seperti Vitamin B2 dan Riboflavin.Jangan risau,warna air kencing seperti ini baik dan menunjukkan tubuh anda menggunakan vitamin dengan betul.

Air Kencing Warna Oren



Pengambilan ubat-ubatan tertentu menyebabkan kencing berwarna oren.Kencing berwarna oren juga boleh disebabkan oleh dehidrasi atau tubuh tidak cukup air.Kurangnya air dalam tubuh menyebabkan konsentrasi urochrome menjadi pekat.

Air Kencing Warna Kuning Gelap



Air Kencing Warna Hijau


Mungkin terdapat jangkitan pada pundi kencing.Jika berwarna hijau terang,ia disebabkan oleh Vitamin B berlebihan.Pewarna makanan juga boleh menukar warna air kencing kepada hijau.Bahkan makanan semula jadi seperti asparagus juga boleh menyebabkan kencing berwarna hijau.

Air Kencing Warna Biru


Kemungkinan ada jangkitan pada pundi kencing atau kerana Vitamin B dan Calcium berlebihan.Ubat-ubatan tertentu juga menjadi punca warna kencing biru.


Air Kencing Warna Coklat


Menunjukkan keadaan kesihatannya teruk.Jika air kencing anda berwarna coklat segeralah berjumpa doktor.Ini adalah tanda-tanda penyakit Hepatitis,penyakit buah pinggang,Hemolytic anemia dan lain-lain. 

Air Kencing Warna Merah Pucat



Jika kencing berwarna kemerahan,kemungkinan ada darah dalam urin itu.Kehadiran darah itu mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing,batu karang,penyakit buah pinggang atau ketumbuhan pada pundi kencing.

Segeralah berjumpa dengan doktor sekiranya air kencing anda berwarna merah untuk diagnosis lebih spesifik.


Rujukan: voices.yahoo.com , www.buzzle.com dan www.webmd.com


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments