ATASI GOUT DENGAN SHAKLEE | MOMMYLIZZ


Beberapa hari ni , ada beberapa orang prospek bertanyakan mengenai SET GOUT SHAKLEE.Sebelum kakyong bercerita panjang lebar mengenai set ini,jom kita berkenalan secara ringkas dengan penyakit Gout.

APA ITU GOUT 

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.Selain itu ia juga boleh mengakibatkan batu karang, dan kegagalan buah pinggang.

MENGAPAKAH URIK ASID BERLEBIHAN DI DALAM DARAH 

Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.

Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin (sejenis protein) yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.

APAKAH YANG BERLAKU KEPADA URIK ASID YANG BERLEBIHAN 

Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.

Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan hyperuricemia. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.

APAKAH YANG BERLAKU JIKA PENYAKIT INI DIBIARKAN BERLANJUTAN

Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

BAGAIMANA GOUT DIKESAN

Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan  X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.

BILAKAH SERANGAN GOUT BOLEH BERLAKU 

Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:

- Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
- Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
- Minum alkohol berlebihan.
- Kecederaan kepada sendi.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT GOUT

- Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
- Sendi menjadi bengkak.
- Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
- Demam.

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU 

Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera
Reactions

Post a Comment

0 Comments