Sunday, August 31, 2014

, , ,

HERBAL BLEND : KRIM SERBAGUNA PALING LARISS !!


Tahukah anda bahawa Shaklee mempunyai krim serbaguna yang sangat-sangat laris? Selalu ja out of stock tau!Kalau shaklee umumkan Herbal blend dah ada stock,for sure mommy akan order.Kenapa la Herbal Blend ni sangat laris ye ? Jom kita cekidaut!

Apa Itu Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?




Apa Fungsi Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?
  • Melembutkan kulit / tumit kasar
  • Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
  • Menghilangkan luka dan merawat eczema
  • Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur 
  • Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat



Kenapa memilih Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.


Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya, misalnya..
  • Sage meransang pembaharuan sel kulit dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga baik untuk mengurangkan selulit, masalah jerawat, kaki makan air dan kulit pecah, dan melegakan gejala-gejala ekzema dan psoriasis.
  • Horse Chesnut digunakan untuk menghilangkan tanda kegelapan (dark circle) bawah mata dan bersifat anti-radang
  • Rosemary memberi manfaat kepada phyto-nutrien, anti- oksidan, dan mempunyai asid penting. Ia kaya dengan vitamin C
  • Sage bersifat antiseptik dan baik untuk melegakan kesakitan sendi
Keistimewaan krim ini ialah ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Haruslah kita sedari, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.


Jadi bertukarlah kepada Herbal Blend sebelum merisikokan anak anda dengan carcinogen (penyebab kanser) dari krim lampin dan losyen mereka!

Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?
  • Dingin pada kulit
  • Ekstrak herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah meresap
  • Aroma menyenangkan
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa paraben dan steroid

Testimoni pengguna Herbal Blend :











Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading HERBAL BLEND : KRIM SERBAGUNA PALING LARISS !!
,

RAHSIA AWET MUDA DENGAN GLA COMPLEX


Soalan: 

Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan:

Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi. Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.

Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. 

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.





GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kelebihan GLA COmplex

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran Haid
  • Menyokong sistem imun
  • Setiap kapsul Shaklee GLA Complex mengandungi asid-asid lemak utama daripada campuran minyak bunga matahari dan vitamin E, serta Shaklee Guard, iaitu sistem antioksidan semulajadi Shaklee yang eksklusif untuk memastikan keberkesanan penuh dan kesegarannya
  • Vitamin E membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriiti sel


Siapa yg perlukan GLA Complex:

~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit





Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading RAHSIA AWET MUDA DENGAN GLA COMPLEX
, ,

PENYUSUAN SUSU IBU : MITOS ATAU TIDAK ?





Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

  “Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

  “Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.


Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. 
 Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan


pssttt ... Nak suplimen terbaik untuk penyusuan anda ? KLIK SINI


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading PENYUSUAN SUSU IBU : MITOS ATAU TIDAK ?
, ,

VITAMIN UNTUK MASALAH JERAGAT



Assalamualaikum & salam sejahtera.Hari ni mommy nak share mengenai JERAGAT dengan anda semua.Apa itu jeragat? Jeragat tu kalau nak kenal..dlm ayat yg mudah.. ia bintik2 hitam yg kecik2 kat muka tu... bukan jerawat atau tahi lalat. tp tumbuh kecik2...(ala2 lebihan daging warna coklat atau hitam).. 





Jeragat ni masalah kulit normal dikalangan wanita... Ia tak berbahaya tapi ia membuatkan wajah kelihatan kusam dan tak cantik.. bab-bab tak cantik mmg pantang betul tak.. Okey.. yg anda perlu tahu adalah langkah-langkah pencegahan seperti, melindungi kulit dari matahari, pemakaian krim yg bersesuaian dgn kulit, pemakanan... dan lagi satu yg berkait dgn vitamin....Macam keratan majalah dibwh.. dari sumber Rapi.. katanya pengambilan vitamin membantu kurangkan masalah jeragat.. which is true indeed.. kulit memerlukan tiga vitamin iaitu A, C dan E utk kekal sihat..

  • Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen (Sila cuba Vitamin C plus Shaklee ia sustained released lengkap dgn bioflavonoid.. vitamin C Shaklee mmg larisss.. always out of stock seluruh Malaysia)
  • Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit (yg ni sy suggest anda cuba Vitamin E shaklee.. sbb ia natural, 400iu lengkap dgn Selenium dan yg best ia ada extract grape seed.. so mmg terbaikkk)
  • Protein - mengurangkan kesan hitam akibat jeragat  (apa lagii.. sila lah cuba Protein ESP Shaklee.. mmg terbaikk ..non GMO.. mmg hot stuff sampai licin stok satu malaysia.. next week baru stok sampai.. so sila book sebelum habis lagi.. kalao ada extra budget.. sila amik Collagen Powder Shaklee.. haaa yang tu mmg sah-sah best tahap maksima)

Sumber: Rapi 2012

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading VITAMIN UNTUK MASALAH JERAGAT

Friday, August 29, 2014

, ,

TIPS (18SX ) : BANGKITKAN GHAIRAH DALAM BILIK TIDUR ANDA



Keinginan untuk melakukan hubungan seks bersama suami/isteri bukan hanya bergantung kepada keinginan semula jadi atau melalui pemakanan bahkan pengambilan ubat tertentu. Tetapi tahukah anda,  persekitaran bilik tidur mampu membangkitkan rasa ghairah untuk bersama anda berdua.

Warna dan keharuman turut memainkan peranan membantu meningkatkan keghairahan seksual pasangan suami isteri. Bukankah dalam Islam, hubungan intim suami isteri itu satu kewajipan dan rutin melakukannya bukan sahaja memberikan pahala bahkan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga dan kesihatan suami isteri.

Bayangkan sekiranya bilik tidur anda berwarna kusam, bersepah dan berbau hamis tentu sahaja anda tidak ‘selera’ untuk membuat aktiviti seksual di situ. Bandingkan pula keadaan bilik hotel yang dihias rapi dengan hiasan dalaman menarik, warna yang menenangkan serta berbau harum, pasti sahaja suis ghairah anda automatik menyala!



Sementara itu ada beberapa kajian yang dilakukan juga menyatakan pemilihan warna bilik turut memainkan peranan besar membangkitkan keghairahan seksual suami isteri.Antara warna tersebut adalah merah, ungu, biru muda, merah muda, putih, oren, kuning dan hitam. Warna tersebut  dikatakan mampu menaikkan ghairah anda sehingga boleh melakukan hubungan intim lebih daripada sekali dalam seminggu.

Bagaimanapun anda tidak semestinya mewarnakan keseluruhan bilik dengan warna tersebut. Anda boleh mewarnakan sebahagian sahaja ruang dalam kamar dengan warnaitu atau meletakkan aksesori tertentu dengan warna tersebut atau juga memilih cadar daripada kumpulan warna itu.Jangan lupa untuk mengharumkan bilik tidur anda dengan semburan pewangi atau haruman arometerapi yang pasti menambahkan lagi keghairahan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading TIPS (18SX ) : BANGKITKAN GHAIRAH DALAM BILIK TIDUR ANDA
, , , ,

PANDUAN ELAK MEROYAN






Masalah meroyan biasanya dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Ada wanita yang menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan kebahagiaan yang sedang dikecapi. Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.
Dianggarkan sehingga 85 peratus wanita mengalami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun, kebanyakannya hanya mengalami gangguan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan serta memerlukan rawatan perubatan.
Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keseriusannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis.
Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncakk pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti sedia kala.
Postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu terbabit mendapatkan rawatan daripada doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi baharu lahir.
Postpartum psychosis turut dipanggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk. Masalah ini sangat jarang berlaku kepada wanita selepas bersalin. Malah, ia juga berbezza daripada masalah psikosis biasa yang berlaku kepada masyarakat umum. Gejala ini boleh berlarutan sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin.

Panduan elak meroyan
  1. Pastikan mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara ketika dalam proses jagaan selepas bersalin.
  1. Fahami dan pelajari tanggungjawab sebagai ibu daripada kawan-kawan yang berpengalaman, keluarga dan bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
  1. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di halaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
  1. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
  1. Pengambilan diet. Pemakanan berkhasiat juga penting diberi perhatian untuk kembali cergas. Elakkan daripada tidak makan dalam tempoh masa yang panjang. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri daripada cepat letih dan tidak bertenaga


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Continue reading PANDUAN ELAK MEROYAN
, , , , , , , , , , , ,

MY SHAKLEE EFFECT PART #2 : SUSU MERIAH UNTUK ANAK KEMBAR!




Adakah anda tergolong dalam kumpulan ibu-ibu bertuah yang dikurniakan anak kembar?Pastinya kehadiran kedua cahaya mata secara serentak ini membuatkan hidup anda sekeluarga lebih ceria.Dari saat kehamilan lagi,pastinya si ibu tidak lepas daripada perasaan bimbang,seronok yang bercampur baur.

Mungkin juga ada diantara ibu-ibu ini resah memikirkan adakah cukup bekalan susu badan untuk kedua-dua bayi tersayang.Salah satu ikhtiar yang boleh ibuibu cuba termasuklah dengan amalkan suplimen! Tak rugi pun mencuba.

Hari ini mommy nak share dengan anda mengenai customer mommy,sahabat waktu belajar di UKM dulu.Rezki Allah untuk dia,dapat anak kembar lelaki dan dia amalkan milkbooster Shaklee.Even agak lewat kenal dengan Shaklee,nyata tidak sia-sia!Plus kulit dia yang berjerawat makin berkurang,suka sangat bila mommy jumpa dia nampak perubahan ketara!





Kelebihan ESP :

- Sebagai MILK BOOSTER terbaik untuk ibu
- Memberikan tenaga yang mencukupi untuk ibu
- Sumber protein terbaik , soya tidak direndam dengan alkohol
- Melembut dan menegangkan kulit
- Mengurangkan jerawat,memudarkan parut

Kelebihan ALFALFA :

- Sebagai MILK BOOSTER terbaik untuk ibu
- Boleh dijadikan sebagai minuman herba ( ditumbuk )
- Kacip fatimah moden,membantu hal-hal kewanitaan
- Merapatkan keintiman
- Mengurangkan masalah senggugut,keputihan,bau badan dan baaaanyak lagi!


Dia happy,mommy tumpang sekali la..Syukur ya Allah,dapat membantu insan lain meningkatkan kualiti hidup mereka.Banyak orang berpendapat bila buat bisnes ni,utama sekali ialah keuntungan.Tapi,bagi mommy,mommy lebih puas bila dapat bantu selesaikan masalah kesihatan customer-customer mommy!




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading MY SHAKLEE EFFECT PART #2 : SUSU MERIAH UNTUK ANAK KEMBAR!

Wednesday, August 27, 2014

, , , , , ,

ME & MY SHAKLEE EFFECT : PART #1




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat readers Mommy.Hari ni Mommy nak share mengenai SHAKLEE EFFECT.Mesti ramai yang tertanya-tanya apa pulak la mommy dok merapu petang-petang hari sesudah hujan ni.Actually,Shaklee Effect kat sini nak share cerita dan pengalaman bagaimana Shaklee telah memberi kesan dalam kehidupan seharian.Bukan sahaja kehidupan mommy,malah ramai lagi di luar sana yang menggunakan produk Shaklee.




Entry kali ni Mommy nak story tentang kisah mommy la dulu..next mommy akan share cerita menarik yang lain pula..sabar ye.

Kisah bermula lepas mommy bersalin.Lebih kurang sebulan.Kiranya agak lambat la jugak kenal dengan Shaklee ni walaupun ada ja kawan-kawan yang jual Shaklee.Heh,biar lambat asalkan mengenal,daripada terus tak kenal & tak dapat kebaikannya!Mula-mula dok skodeng entry SID Shaklee dalam blog,then bila ada bajet sikit oder Vitalea,B-complex & Alfalfa.Makan celup-celup..apa la sangat perubahan yang nak rasa.Dalam diam-diam mommy pasang angan-angan nak beli hot seller Shaklee : ESP pulak..sebab?Semua orang cakap ESP ni best sangat.Untuk kesuburan la,kecantikan la,milkbooster la..hai,kena try jugak ni!

Bila anak dah masuk 7 bulan,baru la order lagi kat member tadi,beli ESP dengan Ostematrix pulak..ha,sini la mulanya jatuh cinta dengan ESP & SHAKLEE !!

Bila mommy minum ESP,mommy terasa cik B cekang dok kat sekolah.Rasa macam dalam pantang pulak.Bila balik rumah ja,anak menyusu yang sebelah lagi pon keluar.Hairan bin ajaib,kontek member tu,inform berita.Dia cakap baguih la kalau camtu,kenyang anak hang!

Maka,mommy pon konsisten dengan ESP.Lama kelamaan mak pulak tegur kulit muka makin gebu.Muka ni jerawat tu ada juga tapi tak kronik la.

Patut la orang suka sangat dengan ESP ni..serba mak-neka!Oh ya,untuk pengetahuan,anak mommy bulan 9 ni insya-allah berumur 2 tahun,still susu badan ada even mommy tak fully breastfeeding!



Tadaa...inilah Shaklee Effect pada Mommy..Amacam? Serius berbaloi kalau korang beli 1 canister..boleh share 1 family!



KLIK GAMBAR UNTUK MAKLUMAT PRODUK




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading ME & MY SHAKLEE EFFECT : PART #1

Tuesday, August 26, 2014

,

TIPS UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN BADAN




Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu, anda perlukan sokongan bukan sahaja daripada orang sekeliling tetapi juga produk kelengkapan penyusuan susu ibu. Apatah lagi jika anda seorang ibu berkerjaya.
Jika anda sedang hamil dan berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si manja, pastikan anda membuat senarai semak tentang produk penyusuan susu ibu tersebut.
  1. Pam payu dara
Terdapat banyak pilihan pam payu dara di pasaran, oleh itu ibu berkerjaya digalakkan untuk mendapatkan pam yang boleh melakukan operasi pengepamana secara berganda. Ini bagi membolehkan anda menjimatkan masa yang terhad di tempat kerja.



  1. Bekas penyimpanan susu ibu
Tidak kira sama ada anda mahu memilih botol atau pun plastik penyimpanan susu ibu, pastikan ia bebas BPA. Dapatkan bekas yang mencukupi agar mampu menyimpan susu ibu perahan yang bakal dikumpul ketika di tempat kerja.



  1. Beg  pendingin
Saiz beg pilihan perlulah mampu membuatkan bekalan susu ibu perahan yang bakal dibawa pulang. Paling penting, ia mempunyai bahan penebat dingin agar dapat mengekalkan kualiti susu ibu perahan.



  1. Beg menyusu
Beg yang praktikal perlu bagi membolehkan anda memuatkan semua kelengkapan penyusuan, malah muda dibawa ke tempat kerja.

  1. Coli menyusu
Sekurang-kurangnya lima helai coli diperlukan sebagai permulaan. Selain coli biasa yang tidak mempunyai dawai, anda juga memerlukan sleep bra untuk kegunaan di rumah ketika tidur pada waktu malam.



  1. Pelapik coli
Tidak kira sama ada pelapik coli boleh basuh atau boleh buang, ia diperlukan untuk menyerap lelehan susu ibu tanpa meninggalkan sebarang kesan tompokan pada baju yang dipakai.


  1. Baju menyusu
Baju selesa yang mempunyai bukaan khas diperlukan agar memudahkan anda menyelak bukaan berkenaan ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah payu dara. Tidak kira apa jua reka bentuknya, paling penting utamakan baju yang dapat memberi keselesaan.




Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
 
Continue reading TIPS UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN BADAN

AWAS,PRODUK KESIHATAN YANG DIHARAMKAN!!


Hari ini,terdapat pelbagai lambakan produk kesihatan di pasaran.Sama ada melalui jualan terus mahupun online.Jangan tak tahu,ada diantaranya merupakan produk-produk yang diharamkan.Sama ada ianya tidak mendapat kelulusan KKM,diubahsuai atau ditiru,atau lagi teruk mengandungi racun!

Jom,hari ni Mommy nak ajak anda semua kenali apa yang anda beli.Jangan main beli ja even benda tu tengah trending.Nak pula yang obses dengan kecantikan la,obses nak kurus la..haiii. Nanti tak pasal-pasal muka elok jadi hodoh~









Kalau anda nak cantik,nak slim perkara paling penting ialah KONSISTEN.Untuk Mommy,pastinya mommy guna produk yang HALAL , SELAMAT & BERKESAN pastu guna BAHAN SEMULAJADI..semestinya SHAKLEE laa.. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care
Continue reading AWAS,PRODUK KESIHATAN YANG DIHARAMKAN!!