PANDUAN ELAK MEROYAN






Masalah meroyan biasanya dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Ada wanita yang menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan kebahagiaan yang sedang dikecapi. Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.
Dianggarkan sehingga 85 peratus wanita mengalami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun, kebanyakannya hanya mengalami gangguan pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan serta memerlukan rawatan perubatan.
Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringkat mengikut tahap keseriusannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis.
Postpartum blues adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Ia kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncakk pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti sedia kala.
Postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu terbabit mendapatkan rawatan daripada doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi baharu lahir.
Postpartum psychosis turut dipanggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk. Masalah ini sangat jarang berlaku kepada wanita selepas bersalin. Malah, ia juga berbezza daripada masalah psikosis biasa yang berlaku kepada masyarakat umum. Gejala ini boleh berlarutan sehingga satu atau dua tahun selepas bersalin.

Panduan elak meroyan
  1. Pastikan mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara ketika dalam proses jagaan selepas bersalin.
  1. Fahami dan pelajari tanggungjawab sebagai ibu daripada kawan-kawan yang berpengalaman, keluarga dan bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
  1. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di halaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
  1. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
  1. Pengambilan diet. Pemakanan berkhasiat juga penting diberi perhatian untuk kembali cergas. Elakkan daripada tidak makan dalam tempoh masa yang panjang. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri daripada cepat letih dan tidak bertenaga


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments