Wednesday, August 28, 2013

Set Kurus Shaklee


salam semua ^^
ecece.. baca tajuk pun macam teruja 
yong yang nak memblog pun teruja sebab ada perkataan KURUS disitu
untuk info..yong tergolong dalam golongan TAK KURUS..hehe

jom kita usya set kurus yang ditawarkan oleh SHAKLEE



Perlu diingatkan kepada semua, pengambilan set ni perlu dengan ISTIQAMAH, KUAT SEMANGAT dan KEAZAMAN yang tinggi sebab bukan senang - senang tau kita nak kurus dengan mudah!Dan juga jika ada rasa nak ambil pil - pil pelangsing, saya cadangkan supaya anda semua lupakan kerana kesan jangka masa panjangnya amatlah menakutkan.


Langkah 1 : Detoks

Kita sering mengambil pelbagai ubatan untuk membantu diet. Tapi sangat liat untuk berfungsi. Masih tak turun dan tak nampak perubahan. Ini sebab proses detoks tak berlaku...Jadi..langkah pertama yang perlu  dilakukan adalah dengan proses DETOX.


Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Proses pembakaran lemak dan pelangsingan badan anda pun lebih mudah berlaku.


Apa yang sesuai untuk detox? 

Produk Shaklee yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atauAlfalfa Complex atau Fiber. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa Complex atau Fiber danHerb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit.




** Ibu-ibu yang menyusukan anak tidak disyorkan mengambil Herb - Lax kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak (anak mungkin cirit birit). Alfalfa Complex sangat sesuai untuk ibu mengandung selain untuk kurus ia juga sebagai 'milk booster'.




Untuk detoks ni boleh pilih samada Alfalfa Complex atau Herblax 




Langkah 2 : Memecah Lemak = Lecithin



Berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.



Langkah 3 : Protein

Protein sangat perlu untuk 

  • membantu meningkatkan metabolisme tubuh
  • meningkatkan perkembangan otot
  • menjaga nafsu makan 
  • menjaga otot bebas lemak
  • Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo dan menghalang berat badan badan naik dengan mendadak. 


Selepas kurus, badan akan mudah mengelebar/gelebeh, dengan pengambilan protein akan shapekan otot yang gelebar dan membuatkan badan solid.

Cadangan saya boleh mengambil Cinch™ Shakes atau Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk protein bergantung kepada bajet anda.





Cinch™ Shakes

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
•    Bebas Laktos
•    Rendah glisemik
•    Soya Bukan-GMO 

Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 
•    Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa 
      anda menurunkan berat badan
•    Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang 
      dan puas
•    Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan



ESP - Soy Protein Isolate Powder




Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Gabungan ketiga - tiga produk ni sangat berkesan untuk menurukan berat badan. Tapi pengambilan makanan yang seimbang dan diet yang teratur juga sangat disarankan untuk kekal langsing!!!

Air 2 - 3 Liter sehari adalah wajib untuk meudahkan proses pelangsingan dan penyerapan suplemen yang diambil..Paling penting adalah ISTIQAMAH = KONSISTEN untuk result yang superb!!

Konsultasi percuma untuk anda...Boleh juga  membuat sebarang pertanyaan berkenaan set - set slimming kepada saya ya!

Kekangan bajet??????????????Jangan risau.Hubungi saya dan saya akan membantu anda  ya!







Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care


Resepi lazat dengan ESP


salam semua

Hari ni yong nak kongsikan resepi lazat ESP Shaklee.
Sebelum tu,nak inform sikit apa yang BOLEH dan TAK BOLEH untuk ESP ni..


TIDAK BOLEH dicampur dengan air panas
TIDAK BOLEH diambil lebih 3 sudu sehari
 BOLEH dicampur dengan air suam dan air sejuk
BOLEH dicampur dengan air apa-apa SELAIN teh dan kopi
BOLEH diminum oleh anak-anak berusia 1 tahun ke atas, lelaki, perempuan, orang tua
( untuk kanak-kanak,kurangkan dos )



Resepi Lazat ( ASAS ) ESP :

ESP + Air Suam

* Rasanya seperti air soya tanpa gula.Sedap ! Sangat disyorkan bagi individu yang kali pertama / kurang biasa minum protin soya


Resepi Lazat ESP






  • ESP + Fresh Milk (any brand )
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
  • ..........ada sape2 nak tambah..silakan..


ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer... ia sesuai utk seisi keluarga..UNTUK:
1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …dan yang inginkan kulit yang cantik

as for me,yong sangat suka minum ESP dengan susu segar..klu add on dengan susu strawbery dutch lady..pergh..sedap ! klu bancuh dengan sunquick pun sedap..try la..hihi ^^


** info lanjut mengenai ESP : Energy Soy Protein
** resepi ini adalah cadangan sahaja.
   Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai ESP,sukatan,waktu minum dan sebagainya ^^


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Wednesday, August 21, 2013

Siapa yang perlukan GLA Complex ??



GLA Complex Shaklee yang menjadi rebutan ramai samada untuk kecantikan kulit atau untuk kesihatan wanita. Ada juga yang bertanyakan  "akak, saya belum kahwin boleh ke amik GLA?".. "akak, ada tak vitamin yang bole beri saya kulit yang cantik dan sihat dalaman?".."ada tak vitamin yang boleh kurangkan senggugut?"

Itu semua antara yang kerap di tanya laa..Dan, ada juga yang bertanya, " ada tak supplement untuk kesuburan?". Tersenyum je laa bila ada soalan-soalan sebegini. Jadi, untuk permulaan yong akan kongsikan apa vitamin yang sesuai untuk masalah-masalah yang diajukan tadi.

GLA Complex merupakan makanan tambahan atau vitamin yang terbaik untuk mengatasi masalah-masalah berhubung kesihatan wanita dan juga masalah kecantikan. jadi, yong senaraikan antara siapa yang sebenarnya perlukan GLA ni. Secara asasnya individu yang mempunya masalah berikut sangat-sangat digalakkan untuk mengamalkan GLA ini.


~ Diabetes
~ Period tidak teratur
~ Mencantikkan kulit (jeragat, jerawat, parut2 jerawat, kulit sensitif dll)
~ tingkatkan kesuburan (untuk cuba hamil)






  • Kencing Manis - Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic.Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis - GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan pada waktu pagi. Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk arthirtis reumatoid
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis - kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS - Sesetangah wanita mendapati gejal-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit payudara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahin.
  • Alahan - Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA kepada GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
  • Ketagihan alkohol - GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser
  • Tekanan darah tinggi dan penyakit jantung - Kajian menunjukkan bahawa GLA, samada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak penting, EPA dan DHA kedua-dua ditemuidalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser

  • SIAPA YANG TAK PERLUKAN GLA COMPLEX ??


    GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal. 
    Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.


    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    Cara pengambilan GLA Complex untuk Kesuburan



    Salam kepada semua. 
    Hari ni yong nak kongsi tips mengenai cara makan GLA Complex

    Ada customer bertanya

     " Camna nak makan GLA ni dengan betoi ? Ada yang kata makan tiap hari..ada yang kata makan masa subur ja.. camna ni..confuse... "



    ok.. jawapan mudah : ambil tiap hari..bila dah sah mengandung STOP

    jawapan sebetulnya :


    1. Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
    2. Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
    3. Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
    4. Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
    5. Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
    6. Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
    7. Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
    8. Jika tidak, ulangi proses tersebut.
    * GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal

    maka dengan ini yong sarankan pengambilan setiap hari bagi GLA complex ni berdasarkan fungsinya untuk menstabilkan hormon ^^



    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

    Tuesday, August 20, 2013

    Atasi Gout,Sakit Lutut,Sakit Sendi dan Arthritis dengan Shaklee



    Gout?
    Sakit Lutut?
    Sakit Sendi?
    Arthritis ??

    Shaklee menawarkan  set terbaik untuk keempat-empat jenis kesakitan ini.  
    Ini adalah kerana keempat-empat penyakit ini adalah penyakit berkaitan keradangan sendi. 

    Set Shaklee untuk arthritis ini memberikan kelegaan segara seawal 5 hari.  

    Kesakitan sendi jika dibiarkan ia boleh menjadi lebih sakit dan parah.  Jika anda atau ahli keluarga punyai empat masalah ini, segerakan mereka untuk mendapatkan set-set ini terutama Set Shaklee untuk Arthritis

    Advanced Joint Health Tablet adalah merupakan vitamin terbaik untuk mengatasi keradangan sendi sebegini,  Ini telah dibuktikan melalui ujian klinikal dimana seawal 5 hari, pengguna boleh merasai keselesaan sendi oleh kerana ekstrak boswellia dan ekstrak jagung yang meningkatkan keselesaan sendi.

    Namanya sahaja sudah cukup mengujakan bukan?  Advanced, sesuai sangat dengan kesan positif yang banyak dilaporkan oleh pelanggan-pelanggan.  Dan sesuai juga dengan kelainan dan keistimewaan produk ini berbanding yang lain-lain di pasaran.  (kan Shaklee dah berjanji, hanya akan memberikan yang sentiasa berkesan, sentiasa selamat dan sentiasa mesra alam?)  Dan apa yang penting adalah, Advanced Joint Health Tablet ini, bebas kondroitin dan bebas gluten.   Produk yang mengandungi kondroitin (seperti kebanyakan produk), hanya akan mengurangkan kesan serapan glukosamin yang diperlukan di sendi-sendi iaitu sebanyak 360 sendi manusia.



    Klik untuk lihat lebih jelas
    Oleh kerana kita mempunyai 360 sendi, dan bagi menjamin kesihatan sendi yang lebih optimum, Di sarankan agar penggunaan Advanced Joint Healt Tablet ini didatangkan sekali dengan Serbuk Kolagen Shaklee serta vitamin-vitamin lain.  Ini bergantung kepada keadaan individu terbabit.
    Vitamin yang sesuai bagi penghidap penyakit radang sendi ini antaranya ialah:


    1. Advanced Joint Health Tablet -
    2. Vivix - memberikan keremajaan sel supaya sel-sel sendi mendapat impak positif
    3. Alfalfa Complex - mengurangkan inflamasi
    4. Ostematrix - menghalang hakisan tulang 
    5. Serbuk Kolagen - Meningkatkan kesihatan sendi dengan membantu pertumbuhan semula kolagen pada sesendi tubuh
    6. Omegaguard - Mengawal sakit dan mengelakkan kekejangan
    7. GLA Complex - Mengawal sakit dan mengelakkan kekejangan
    8. B-Complex - Menghalang kerosakan saraf
    9. Nutriferon - Meningkatkan sistem imun
    10. Garlic - Menghalang formasi semula radikal bebas dan melindungi sel sendi
    11. Peppermint Ginger Plus - Meredakan inflamasi

    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb: Mommy Lizz Health and Beauty Care

    Apa itu Arthritis ( Radang sendi ) ???

    Salam..
    Hari ni yong nak berstory-mory mengenai penyakit Arthritis.

    Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit Arthritis ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.



    Apa Penyebab Arthritis?


    Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.


    Siapa Yang Berisiko Terkena Arthritis?


    Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.

    SENDI YANG SIHAT


    Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia(bendalir yang melicinkan sendi) yang memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu penyerapan hentakan daripada pergerakkan.


    Sakit sendi dan tidakselesaan.


    Semakin umur meningkat tulang rawan, menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal berterusan & beban boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan & menyebabkan ketidakselesaan sendi.




    Vitamin yang dicadangkan dari  shaklee adalah:




    1.Advanced Joint Health Tablet



    2.OsteMatrix




    Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

    Norliza Binti Othman 

    Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
    sms/whatsapp: 019 2638675
    Pm fb: https://www.facebook.com/yong.norliza