MONKEYPOX : PUNCA,GEJALA DAN CARA MENGATASINYA | MOMMYLIZZ





MONKEYPOX : PUNCA,GEJALA DAN CARA MENGATASINYA | Selepas Covid-19, dunia dikejutkan dengan satu wabak baru yang diberi nama MONKEYPOX atau Cacar Monyet. wabak ini kini tersebar di beberapa kawasan di Kanada, Amerika Syarikat (AS), beberapa negara Eropah termasuk United Kingdom (UK), Jerman, Perancis dan terkini Australia.




APA ITU MONKEYPOX

Monkeypox atau Cacar Monyet merupakan sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus cacar monyet dari kumpulan 'poxviridae'. 

SEJARAH MONKEYPOX

Nama Monkeypox pertama kali digunakan pada tahun 1958 apabila 2 kes dicatatkan berlaku kepada sekumpulan monyet yang dibela untuk tujuan kajian.

Jangkitan pertama kepada manusia dicatatkan di Republik Demokratik Congo pada 1979 selepas seorang kanak-kanak didapati mempunyai gejala menyerupai cacar air (smallpox), namun ujian makmal menunjukkan ia jangkitan disebabkan virus cacar monyet.



Namun monyet bukanlah satu-satunya perumah utama bagi virus ini.Tupai tanah dan tupai pokok,tikus Gambia dan tikus belukar (dormice) juga turut dikenalpasti sebagai agen penularan penyakit ini.

PUNCA MONKEYPOX

Jangkitan Monkeypox berlaku dalam kalangan individu yang tinggal di persekitaran yang mempunyai kontak dengan monyet melalui aktiviti domestik, perladangan, pemburuan, deforestasi dan sebagainya, yang mana ia tersebar melalui gigitan haiwan atau sentuhan langsung cecair tubuh dari haiwan atau individu yang dijangkiti.




SIMPTOM DAN GEJALA MONKEYPOX
  1. Demam yang tinggi
  2. Muncul ruam 'makulapapular' pada kulit, biasanya dalam bentuk vesikel berisi cecair dan majoritinya berlaku pada bahagian muka serta tangan dan kaki. 
  3. Bengkak bahagian kelenjar limfa
  4. Berasa letih
  5. Sakit dan kejang otot
TEMPOH JANGKITAN

Tempoh inkubasi biasanya ialah antara enam hingga 21 hari, dan akan mengalami gejala selama dua hingga empat minggu.

Kebanyakan mereka pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi melainkan individu tertentu mempunyai masalah sistem pertahanan tubuh lemah.

GOLONGAN BERISIKO 

Laporan menyebut mereka dalam kumpulan umur kurang 50 tahun berisiko terhadap jangkitan, manakala sebahagian negara melaporkan terdapat kecenderungan agak tinggi dalam kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun.

Kadar kematian akibat jangkitan cacar monyet dicatatkan sekitar tiga hingga enam peratus berbanding cacar air yang merekodkan kadar kematian sehingga 30%.

Kematian akibat cacar monyet biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak, dewasa yang 'terimunokompromi' atau mempunyai masalah komorbid. Ia turut dikaitkan dengan komplikasi organ dalaman iaitu radang di paru-paru dan otak.

CARA MENGATASINYA

Dalam konteks pencegahan, masyarakat perlu proaktif melaksanakan semua langkah berjaga-jaga, mengelak daripada dijangkiti terutama mereka yang akan membuat perjalanan ke luar negara khasnya ke negara dilaporkan berlakunya wabak.

Dari segi kesihatan awam, rakyat perlu mengelak ke negara berkenaan atau menangguhkan perjalanan yang tidak perlu sehingga keadaan reda.


Bagi perjalanan penting yang tidak dapat ditangguhkan, disyorkan kepada pengembara untuk mendapatkan perlindungan daripada vaksin cacar air berkenaan. Mereka yang terbabit dalam perjalanan juga perlu mematuhi nasihat menjaga kebersihan tangan dan diri, mengamalkan kebersihan tangan sebelum memegang sebarang permukaan sekitaran serta mengelak daripada individu berkemungkinan berisiko mendapat jangkitan. 

Di samping itu, semua garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengembara yang baru tiba dari negara dilanda wabak cacar monyet perlu dipatuhi. Sebarang gejala perlu dipantau dalam tempoh dua hingga tiga minggu.



BACA LAGI :






Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera



Post a Comment

0 Comments