PENULARAN MONKEYPOX DI MALAYSIA | MOMMYLIZZ




PENULARAN MONKEYPOX DI MALAYSIA | Baru-baru ini,tular satu foto yang didakwa seorang budak telah dijangkiti penyakit MONKEYPOX atau cacar monyet. Monkeypox atau cacar monyet merupakan sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus cacar monyet dari kumpulan 'poxviridae'.



Virus ini ditularkan kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah binatang atau cecair badan dan luka haiwan yang dijangkiti. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan sekresi pernafasan.

Virus cacar monyet juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang yang dijangkiti atau dengan objek yang tercemar virus, seperti tempat tidur atau pakaian.

TIADA KES CACAR MONYET DILAPORKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang ditularkan di media sosial.

KKM dalam satu kenyataan media berkata, bagaimanapun jika maklumat yang tular itu benar, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera,” kata kenyataan itu hari ini.

KKM berkata, orang ramai bagaimanapun dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.

“Sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” kata KKM.

Sumber : KOSMO


BUDAK 3 TAHUN POSITIF HFMD , BUKAN CACAR MONYET

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang didakwa dijangkiti cacar monyet, baru-baru ini, sebenarnya dijangkiti penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) virus jenis Coxsackie A6.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu disahkan melalui hasil ujian sampel dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Sebelum itu, beliau berkata, kanak-kanak berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor, untuk pemeriksaan kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei lalu.

"Tiga hari selepas mengalami demam, timbul ruam yang kemudian menjadi 'blister' (19 Mei) dan mula pecah pada 21 Mei lalu.

Sebelum ini, KKM dilapor memaklumkan tiada menerima sebarang notifikasi berhubung jangkitan cacar monyet di negara ini.

Ia susulan tular tangkap layar memaparkan dakwaan bahawa penyakit itu sudah merebak ke Malaysia, dengan menunjukkan gambar seorang kanak-kanak mengalami gejala seakan-akan penyakit cacar monyet pada bahagian tangannya.

Sumber : Berita Harian



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera

Post a Comment

0 Comments