Sunday, April 6, 2014

HUBUNGAN INTIM KETIKA HAMIL





Soalan:
Saya sedang hamil tiga bulan anak pertama. Saya bimbang adakah dengan melakukan hubungan intim bersama suami, saya akan mencederakan bayi di dalam rahim? Adakah terdapat sebarang bahaya tentang perkara tersebut?

Jawapan:
Ini adalah kerisauan biasa dalam kalangan mereka yang bakal bergelar ibu bapa buat pertama kali. Jangan risau tentang hal tersebut jika kandungan anda adalah normal tanpa sebarang masalah komplikasi di awal kehamilan.
Untuk pengetahun, bayi anda dilindungi dan dilapik oleh oleh kantung air ketuban yang mengelilinginya. Oleh itu, bayi tidak akan tercedera apabila anda dan suami melakukan hubungan intim. Doktor anda akan memberitahu sekiranya hubungan intim boleh membahayakan bayi, misalnya masalah plasenta di bawah yang sering dinasihatkan oleh doktor agar mengelakkan daripada melakukan hubungan intim ekoran akan membuatkan ibu mengalami pendarahan.
Memang diakui, ada kalanya bakal ibu hilang nafsu untuk melakukan hubungan intim terutama pada minggu awal dan akhir kehamilan. Ini tidak bererti anda tidak perlu menunjukkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain.
Walaupun berasa keletihan untuk melakukan hal tersebut, anda boleh menunjukkan kasih sayang dengan cara seperti bercium, berpeluk, usapan, belaian dan sentuhan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 comments: