VITAMIN C : LEBIH DARIPADA SEKADAR UNTUK PERTAHANAN BADAN | MOMMYLIZZ





VITAMIN C : LEBIH DARIPADA SEKADAR UNTUK PERTAHANAN BADAN | Ramai yang dah tahu bahawa Vitamin C adalah penawar bagi selsema.Tapi,ia juga ada banyak manfaat lain.Tak percaya? Teruskan membaca !

UNTUK KULIT MULUS DAN BERSERI



Pencemaran, cahaya matahari yang terik, tekanan dan perubahan hormon boleh menjejaskan kesihatan kulit kita.Terima kasih kepada vitamin C, kulit anda akan tampil sihat berseri luaran dan dalaman

  1. Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen, meminimumkan tompok usia dan membantu menyamaratakan tona kulit.
  2. Mengandungi ciri anti-keradangan yangkuat untuk membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan jerawat.
  3. Meningkatkan penghasilan semula kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen

UNTUK TAHAP TENAGA YANG LEBIH BAIK


Berasa letih atau lesu ketika hamil adalah perkara biasa.Vitamin C dapat membantu dalam :
  1. Meningkatkan tahap tenaga dengan menyokong penyerapan zat besi.
  2. Membantu dalam penghasilan cartinine,molekul yang membantu menukar lemak kepada tenaga.
ANTIOKSIDA DAN PERTAHANAN KE ARAH LEBIH SIHAT


Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit dalam jangka masa panjang dan kemerosotan sel pula melemahkan fungsi sel.Vitamin C membantu untuk:

  1. Bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
  2. Meningkatkan perlindungan badan dengan merangsang penghasilan dan fungsi sel imun
UNTUK SENDI YANG FLEKSIBEL


Alangkah bahagianya apabila dapat bergerak bebas dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan vitamin C.Ia menyokong fleksibiliti sendi dengan:
  1. Menggalakkan penghasilan kolagen (protein utama dalam sendi dan tulang).
  2. Mengurangkan keradangan dan melindungi tulang rawan daripada mengalami kerosakan.
UNTUK GUSI YANG SIHAT


Hari yang hebat bermula dengan senyuman yang ceria. Kurangkan risiko mengalami masalah nafas berbau dan kerosakan gigi dengan vitamin C.Ia membantu mengekalkan tisu penghubung yang penting untuk gusi dan gigi yang sihat

Baca lagi :

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera

Post a Comment

8 Comments

  1. Vitamin C memang perlu dalam badan. Semua penyakit yang datang dalam badan salah satu punca kurang vitamin c

    ReplyDelete
  2. Betul ada banyak manfaat vitamin c ni. Jom kita amik tiap hari

    ReplyDelete
  3. Kdg2 kulit kusam n kering pun pasal tak cukup vitamin C ...

    ReplyDelete
  4. Vitamin c ni antara yang penting untuk badan.... Lemau badan rasanya kalau tak cukup vitamin c terutama bagi kita wanita berusia dan bekerjaya...

    ReplyDelete
  5. Sejak Pendemik saya memang sentiasa makan vitamin C, mencegah lebih baik... moga kekal sihat.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. banyak manfaat vitamin C sebenarnya. Memang kena amik hari² tanpa miss

    ReplyDelete
  7. Ohh yes learnt more about But C now, always thought for increase immunity only. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  8. Vitamin wajib ada kat rumah sekarang ni. Nak-nak dalam keadaan sekarang yang tak menentu, bagus juga ada imuniti tambahan macam ni.

    ReplyDelete