MEROYAN : APA YANG PERLU ANDA TAHU | MOMMYLIZZ





Gila Merian atau Meroyan  merupakan jenis penyakit  selepas bersalin yang amat serius  dikalangan wanita selepas melahirkan .  Biasanya  wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebut juga sebagai  "mother blues".

Tahukah anda bahawa suatu masa dulu Angelina Jolie didakwa pernah mengalami masalah depresi lepas bersalin (postpartum depression) selepas melahirkan anak kembarnya Vivienne Marcheline dan Knox Leon pada September 2008. Angelina telah berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan letih sehingga sanggup bersembunyi bersama suaminya Brad Pitt. Angelina juga berasa sangat bimbang tentang kesihatan kembarnya dan sering menghubungi doktor.



Bukan senang nak jadi ibu ni kan. Berbagai-bagai rintangan, dugaan, masalah yang perlu dihadapai. Tapi pahalanya sangat besar. MasyaAllah.

Ada beberapa gangguan emosi yang ketara sehingga boleh menyebabkan masalah psikologi @ penyakit mental selepas melahirkan. Gangguan emosi ini sebenarnya mempunyai spektrum yang tersendiri dari segi perubahan emosi yang tidak merbahaya atau dikenali sebagai postpartum baby bliues hingga penyakit mental yang serius dikenali sebagai postpetrum depression dan postpetrum psychosis.




Kehadiran sikecil mulus yang sentiasa didambakan oleh semua pasangan suami isteri memang sesuatu yang indah. Tetapi tidak ramai antara kita mengambil berat tentang kesan emosi yang akan dialami oleh si ibu selepas melahirkan terutama dalam pantang dan selepas berpantang. Ramai yang tidak tahu bahawa jangka masa berpantang sangat penting bagi menentukan samaada ibu akan kembali normal seperti biasa atau si ibu akan menderita akibat gangguan jiwa seumur hidup.

Sebab itu lah penjagaan dalam pantang sangat-sangat penting. Bukan sahaja dari segi kesihatan sahaja malah dari segi emosi, mental, fizikal, makan, minum keseluruhannya juga perlu dijaga.

Terdapat beberapa tips bagi membantu masalah ini.

1-Suami Isteri yang pertama kali menimang cahaya mata perlu melakukan persediaan dengan belajar tanggungjawab sebagai ibu bapa dari family, kawan-kawan pejabat, atau dari bahan bacaan sebelum membuat keputusan untuk mengandung.

2- Isteri/ibu perlu memastikan setiap kali anda mendapat tekanan, dapatkan bantuan dari suami, keluarga atau kawan-kawan bagi memberi sokongan kepada anda.

3- Bagi menguruskan kerja-kerja rumah, dapatkan pertolongan pembantu rumah, suami dan ahli keluarga bagi menguruskan kerja seharian dan membantu anda menjaga bayi dan anak anda yang lain dalam tempoh berpantang kerana anda masih lemah

4- Rehat yang cukup adalah penting. Ambil udara segar diluar dan jangan hanya berada dirumah walaupun dalam masa berpantang

5- Beri masa untuk diri sendiri

6- Diet dan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cerdas dan cergas.



Oleh itu, Set Berpantang SHAKLEE sangat-sangat sesuai untuk diamalkan. Terlalu banyak khasiat dan kebaikan yang semamangnya dapat memenuhi keperluan ibu-ibu berpantang. Menjimatkan dan tak perlu risau anak terkena jaundis. Satu Set Berpantang ini boleh tahan sehingga 3-4 bulan bergantung kepada vitamin. Sangat sesuai untuk ibu bersalin normal dan czer. Pengamal Set Berpantang Shaklee ni juga dapat hindarkan diri dari penyakit Meroyan ni. Sebabnya dalam set ni terdapat b-complex yang merupakan vitamin anti-stress.

Antara berikut kebaikan dan kelebihan Set Berpantang Shaklee:


Vita-Lea With Iron Formula (Zat Besi)

  1. Wanita yang dalam pantang sangat disyorkan untuk mengambil Vita-Lea kerana dalam pantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan jadi dikhuatiri wanita2 ni akan mengalami 'nutrient deficiency' (kekurangan zat/nutrien). Manakala, Vita-Lea Shaklee diformulasikan khusus dengan 28 Vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh orang dewasa lebih2 lagi wanita yang lepas bersalin.
  2. Wanita yang lepas bersalin juga banyak kehilangan darah semasa proses melahirkan, oleh itu zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea sangat penting bagi pembentukan sel darah merah yang baru. Barulah ibu2 dalam pantang akan nampak berseri dan tidak pucat, tidak letih, tidak lesu atau tidak bermaya.
  3. Zat besi juga penting dalam penyusuan ibu. 
  4. Sebagai peringatan, Vita-Lea tidak boleh diambil dengan minuman bersusu. Ini kerana kalsium (dalam susu) akan menghalang penyerapan zat besi. Sebab tulah Ostematrix Shaklee tidak boleh diambil bersama-sama dengan Vita-Lea. Harus dijarakkan masa pengambilan.

B Complex dengan Asid Folik



  1. Menstabilkan hormon
  2. Juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagus untuk wanita dalam pantang bagi mengelakkan gangguan emosi seperti meroyan dan sebagainya.
  3. Menguatkan antibodi
  4. Perlu bagi pemprosesan dan pembaikan sel-sel darah merah. Mencegah anemia.
  5. Menukarkan glukosa kepada tenaga. Buat ibu berpantang jadi kurang letih/mengantuk malahan lebih bertenaga

Zinc Complex



  1. Tahukah anda bahawa ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi. Jadi Zinc Complex adalah suplemen gantian yang tepat bagi yang tak suka minum pati ikan haruan yang baunya ehemm...
  2. Zinc penting dalam proses pemulihan luka-luka luaran/dalaman semasa bersalin
  3. Membantu masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita lepas bersalin
  4. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.

Vitamin C



  1. Menguatkan daya immune tubuh.
  2. Mambaik pulih tisu sel yang rosak. Membantu ibu berpantang cepat pulih dan sihat.
  3. Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.

Energizing Soy Protein (ESP)



  1. Memberi tenaga yang berpanjangan kepada wanita berpantang
  2. Menggalakkan, mempercepat dan memekatkan susu ibu 
  3. Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  4. Juga mencantikkan kulit. Buat wanita berpantang nampak lebih cantik dan berseri.
  5. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  6. Sebagai MILKBOOSTER

Ostenutrix (Kalsium)


  1. Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. 
  2. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  3. Ostematrix juga membantu melawaskan proses pembuangan. Jadi dapat memcegah ibu2 berpantang dari terkena sembelit. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera







Post a Comment

7 Comments

  1. Bahaya meroyan .. boleh lupa pada diri sendiri.. kena banyakkan support dr org2 tersayang

    ReplyDelete
  2. ibu dalam pantang kena berjaga2 agar penyakit meroyan ni tak kena sebab bahaya lama-lama boleh jd gile kan

    ReplyDelete
  3. Teringat dulu tiap kali lepas bersalin dia mesti datang satu perasaan yang sunyi dan kosong. Alhamdulillah.. tak terbawa-bawa emosi tu.. mungkin kepenatan melahirkan gamaknya.

    ReplyDelete
  4. Jangan main² lah dengan gila meroyan ni... Bukan yang fibuat² tapi memang real pernah jumpa...

    ReplyDelete
  5. Bahaya meroyan waktu berpantang ni, takleh buat main2. Memang kena ready dan suami jugak kena main peranan bantu isteri waktu berpantang

    ReplyDelete
  6. Bahaya meroyan ni. Kena berjaga-jaga bagi ibu yang lepas bersalin tu semua.

    ReplyDelete
  7. Bahaya meroyan ni. Moga kita dijauhkan dr penyakit ini

    ReplyDelete