5 MANFAAT PROTEIN UNTUK DIET




Sekarang ni ramai yang dah cakna dengan pemakanan dan keperluan DIET , bukan semata untuk kurus tetapi untuk sihat.Kalau korang on diet,pastikan diet korang tu lengkap dengan protein ..sebab nya :

1- MEMBERI TENAGA BERPANJANGAN

Protein dicerna sebelum ianya dibebaskan sebagai tenaga, ia adalah sumber rangsangan tenaga yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Pencernaan yang perlahan membantu kita untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari, agar kita boleh melakukan lebih banyak aktiviti dalam sehari. Jadi, pengambilan protein ni sangat lah diperlukan

2. MEMBANTU MEMBINA OTOT

Apabila digabungkan dengan senaman, protein membantu pembentukan otot. Ini sering disalahertikan sebagai penambahan berat badan. Berat otot dan berat lemak biasa adalah benda yang berbeza.

Pemakanan tinggi protein meningkatkan metabolisma, penggunaan konsisten protein membantu mengekalkan berat badan kita. Pastikan kita memilih serbuk protein yang tidak mengandungi gula pasir putih supaya ukur lilit badan kita tak bertambah.

3- MEMBAKAR KALORI

Protein membentuk dan membina otot. Otot membakar kalori, lebih banyak otot yang kita miliki, maka lebih banyak kalori tubuh kita boleh terbakar. Dengan pengambilan protein secara konsisten, kita melatih badan untuk membakar kalori secara berterusan dan meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak.

Jadi, jangan lupa ambil protein selepas menjalankan aktiviti fizikal!

4- MENGAWAL SELERA DAN MENGURANGKAN KEINGINAN MAKAN

Siapa tahu fakta ni: Protein membantu meningkatkan rembesan hormon peptide YY, yang menyababkan kita berasa kenyang lebih lama. Hasilnya, ia membantu mengawal selera makan kita, oleh itu kita akan makan kalori yang sedikit dalam hidangan seterusnya.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan sarapan pagi yang tinggi protein mempunyai kesan yang signifikan dalam mengawal nafsu makan serta pengambilan snek lewat malam

5- MAKANAN BERKHASIAT

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, selain bersenam dan mengambil suplemen, diet yang mengandungi makanan berkhasiat juga perlu di amalkan. Ikut nisbah pengambilan seperti yang disarankan iaitu suku suku separuh. Protein adalah salah satu kelas makanan yang perlu diambil!

Shake Protein adalah cara terbaik untuk menambah protein tambahan dalam diet kita. Ia juga bertindak sebagai makanan sihat yang mudah berbanding makanan sejuk beku atau makan segera yang berminyak. Mudah diambil dan disediakan, hanya tambah sebuk protein ke dalam minuman kegemaran kita atau air dan kocak untuk tubuh yang lebih sihat!


CARI PROTEIN TERBAIK ?

Shaklee ada Energy Soy Protein ( ESP )



FAKTA ESP

  1. ESP shaklee telah berusia 60 tahun sejak diperkenalkan atau dihasilkan pada tahun 1961. Dr Forrest C.Shaklee mencipta protein soya dengan formula pengasingan pertama di dunia. 
  2. ESP berada di pasaran dalam jangka masa yang lama, dan sehingga hari ini masih dijual. Ini bermakna, protein soya shaklee adalah sangat baik dari segi kualiti dan keberkesanannya.
  3. Produk PROTEIN SOYA adalah pengganti yang baik untuk protein berasaskan haiwan.
  4. Tidak seperti sumber protein yang lain, protein soya membekalkan 9 jenis asid amino perlu dengan lengkap.

KEISTIMEWAAN ESP SHAKLEE :

  1. Protein soya adalah yang terbaik untuk kesan tenaga yang berpanjangan.
  2. Sumber protein soya mudah dibawa dengan rasa yang enak.
  3. Kaya dengan kalsium, zat besi, zink, potassium dan mineral lain yang baik untuk badan.
  4. Ia juga mengandungi kompoun yang membantu badan anda menyerap kalsium, zat besi dan zink.
  5. Membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
  6. Membekalkan 14 gram protein dalam setiap hidangan.
  7. Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah.
  8. Membantu mengekalkan paras gula darah kekal stabil.
  9. Mengekalkan rasa kenyang lebih lama.



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 



Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Post a Comment

0 Comments