5 IDEA JANA INCOME MUSIM PKP


Ramai yang terkesan dengan Covid-19. Sejak setahun yang lalu,ramai yang terpaksa tutup syarikat , dipotong gaji malah lebih teruk diberhentikan kerja. Namun , komitmen bulanan seperti rumah , kereta , bil utiliti tetap perlu dibayar .

Maka , inisiatif untuk menjana pendapatan mesti dibuat. Hari ni kakyong nak share 5 idea jana income waktu PKP .




1- Jual makanan dan minuman

Untuk korang yang pandai memasak , apa kata korang gunakan skill korang dan tukarkan sebagai pendapatan harian! Waktu pkp ni ramai yang duduk di rumah, kadang sampai tak tahu nak masak atau nak makan apa.
Korang boleh lah sediakan masakan panas , frozen , kek , jajan dan macam-macam lagi. Lepas tu korang ambil gambar cantik-cantik dan promot dalam media sosial korang. Mesti ramai yang akan beli!





2- Jadi runner barangan atau makanan

Bila diumumkan PKP , secara automatiknya semua pergerakan adalah terbatas , jadi khidmat runner amatlah relevan. Korang boleh tawarkan servis pembelian barangan dan penghantaran dari rumah ke rumah , dan pastinya servis ini disukai oleh surirumah . Tak payah pening nak keluar beratur di market atau pasaraya , mana dengan nak urus anak-anak dan rumahtangga lagi .Untuk penjual yang menjual makanan , servis runner pun sangat diperlukan .

Lebih mudah, anda juga boleh menyertai syarikat penghantaran seperti Lalamove, Bungkusit, Ninja Van dan sebagainya. Ketika tempoh PKP lalu, penghantaran barangan juga meningkat dengan ramai orang sudah biasa beli secara online.




3- Jual barangan terpakai

Korang mesti ada barangan terpakai kan ? Daripada tersimpan dalam stor , berhabuk dan rosak , baiklah korang jualkan , dapat juga duit ! Korang boleh jual secara online di platform media sosial seperti Facebook , Instagram , Carousell ataupun Mudah.my



4- Servis marketing

Sekarang ni dah ramai orang buat bisnes secara online , jadi untuk korang yang ada kemahiran edit poster , buat Fb / IG ads inilah masanya korang jana income dari kemahiran tu. Boleh sediakan pakej sekali dengan copywriting produk , masyukkk !




5- Sertai dropship

Bisnes ini tidak memerlukan modal besar malah ada yang percuma. Paling penting anda perlu mempunyai kerajinan dan internet untuk berkongsikan produk atau servis yang ditawarkan syarikat yang anda sertai secara online mahupun offline.Tak pelu pegang stock , tak perlu poskan barangan dan yang penting keuntungan yang diperolehi adalah mengikut usaha yang anda lakukan! Kalau anda baru berjinak nak buat bisnes , memang inilah cara terbaik ! Oh ya , jangan lupa pilih bisnes yang betul-betul berjaya dan memberi sokongan terbaik kepada dropshipper itu. Hal ini dapat memastikan anda dapat menjana pendapatan yang dimahukan.


BERMINAT UNTUK SERTAI TEAM SHAKLEE DAN JANA PENDAPATAN SECARA PERCUMA ??

Post a Comment

1 Comments

  1. tq for sharing...sekarnag ni memang mcm2 idea fikir nk cari income

    ReplyDelete