Friday, December 25, 2015

7 ZAT PENTING UNTUK ANAK CERDIK!


Bila diri sudah sah mengandung, ada macam-macam makanan berkhasiat yang mesti diambil. Jangan pening kepala atau rasa terbeban. Ketahuilah apa yang ibu makan akan terus sampai kepada bayi yang dikandung.

Oleh itu jangan malas ambil tahu apa zat pemakanan yang wajib diambil oleh orang mengandung. Ini penting supaya ibu kekal sihat sepanjang kehamilan dan anak dalam kandungan juga terhindar daripada risiko kecacatan.
Kecacatan tiub neural pada bayi yang boleh menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang. Dua kecacatan biasa akibat masalah ini adalah spina bifida dan anencephaly.


1. Asid folik

Setelah berjaya hamil, anda perlu terus mengambil asid folik sehingga usia kandungan mencecah 12 minggu. Hal ini kerana sepanjang tempoh ini, tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukannya.Selain daripada itu, asid folik membantu membina DNA bayi.

2. Kalsium
Kalsium yang digabungkan bersama vitamin D dan magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah seperti yogurt, keju dan ikan salmon. Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh anda menyerap kalsium. Sumber ini boleh anda dapatkan daripada ikan berminyak, hati, minyak ikan kod dan produk tenusu. 
Antara lain, kebanyakan makanan seperti marjerin dan bijirin sarapan pagi diperkaya dengan vitamin D. Cara paling senang ialah dengan mendedahkan tubuh kepada cahaya matahari pagi.


3. Zat besi
Kira-kira 10 – 15% wanita hamil biasa mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh. Oleh itu ibu perlu prihatin tentang soal pemakanan seharian. Ibu memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan bayi yang dikandungi juga. Sama juga halnya dengan uri anda. Ia juga memerlukan zat besi yang mencukupi.
Untuk itu, dapatkan suplemen zat besi seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Ibu juga boleh menambah darah dengan mengambil makanan seperti daging tanpa lemak, sayur-sayuran berdaun hijau, kerang, hati, jambu batu, buah-buahan kering dan kekacang.


4. Iodin
Kekurangan iodin adalah penyebab utama yang boleh masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Untuk ibunya pula, masalah kekurangan iodin boleh menyebabkan keguguran, kelahiran mati dan beberapa komplikasi yang lain. Bagi memastikan diri mendapat sumber iodin mencukupi, anda perlu mengambil beberapa jenis makanan seperti susu lembu, rumpai laut, yogurt rendah lemak dan telur.
  

5. Zink
Sama seperti zink yang penting untuk kesuburan dan pembiakan orang dewasa, ia turut penting untuk pembentukan DNA bayi dalam kandungan. Jadi, terus amalkan pemakanan yang kaya dengan kandungan zink.Namun, elakkan pengambilan tiram terutamanya yang masih mentah kerana dikhuatiri ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit ketika hamil memandangkan sistem imunisasi yang makin menurun ketika ini jika tahap kesihatan tidak dipantau sebaik-baiknya.

6. Vitamin C
Vitamin C memang penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. Jadi, ketika hamil, pengambilan vitamin C mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. Anda memerlukannya untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk bayi juga.


7. Omega 3
Asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandungi. Malah asid lemak ini mengandungi DHA yang sangat bermanfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber baik yang mengandungi banyak asid lemak omega 3.

JOM DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE!





Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik

0 comments: