10 PERKARA WAJIB TAHU BUAT SUAMI DI BILIK BERSALIN

8:41 PM yong norliza 6 Comments





Bukan bakal ibu sahaja yang berdebar, bakal ayah juga tidak kurang hebatnya debaran menanti kelahiran anak. Apa kata ayah semua ambil tahu apa perkara yang boleh dijangka berlaku sepanjang proses kelahiran si comel.Takut atau bimbang, ayah wajib ambil tahu 10 perkara tersebut.
 
1. Isteri mengadu sakit perut,anda apa lagi kelam kabutlah sebab takut hendak bersalin. Tetapi doktor pula beritahu "Oh ini cuma false alarm saja. Tak perlu risau. Belum nak bersalin lagi."Senyum sahaja dan terus balik rumah. Tak perlu cakap "Kenapa awak tak tahu ke ini false alarm?" Ia hanya akan membuatkan si isteri tarik muka masam!
 
 
2. Jika isteri meminta ubat tahan sakit, walaupun ia sepatutnya tiada dalam rancangan bersalinnya anda perlu segera mencari doktor dan meminta apa yang dikehendaki oleh isteri. 
Tak perlu tanya banyak perkara.
 
 
3. Rajinlah urut belakang badan isteri sewaktu dia sedang sakit kontraksi berbanding anda suruh dia banyak bersabar.
 
 
4. Biarkan sahaja kalau isteri genggam dan picit sekuat hati tangan anda dan jangan berani mengadu betapa sakitnya tangan anda!
 
 
5. Kalau anda diminta oleh isteri untuk menahan belakang kakinya ketika hendak meneran, jangan mengadu betapa lenguhnya tangan anda selepas lima minit melakukannya.
 
 
6. Jangan terkejut kalau isteri yang selama ini lemah lembut tiba-tiba naik angin apabila anda kerap bertanya kepadanya sakit atau tidak.
 
 
7. Jangan marah kalau tiba-tiba isteri tanya anda sayangkan dia atau tidak. Biasalah emosi ibu hendak bersalin memang tidak menentu. Layankan sahaja.
 
 
8. Bersedia untuk melihat sesuatu yang luar biasa. Kepada para suami yang tidak tahan darah, lebih baik anda fikir 100 kali sebelum bersetuju untuk menemankan isteri dalam bilik bersalin. 

Tetapi sudah tentu anda akan terlepas momen paling indah dalam hidup anda sebagai suami dan ayah!
 
 
9. Jangan menjangkakan bayi baharu lahir anda seperti model bayi yang anda lihat dalam majalah. Bayi baharu lahir akan mengalami perubahan berbeza setiap hari.
 
 
10. Perut isteri anda mungkin masih nampak seperti ibu mengandung. Jangan sesekali bertanyakan hal tersebut kalau tak mahu menerima jelingan tajam.


SUMBER : PAMA

6 Comment:

beat said...

saya duk di kepala wife smbil baca apa2 yang terlintas...fuh

Mar Mansor said...

nice sharing..ada yang kelakar juga

asben bersama di spital 2x ~ nurin & izzat.
menunggu dgn setia kat luar.
memang x masuk sebab bersalin kat spital gomen kena gi kursus kalau nak masuk labour room teman isteri.
aida pun x bagi la asben masuk.

time syuhada, aida bersalin asben tgk keje.
emergency.
da selamat bersalin, baru call dia :) so sweet :)

Diana Rashid said...

suami2 kena tau ni..wajib!!

Fuza Musa said...

Hehehe..
Memang betul tu
Di dewan bersalin macam-macam ragam, macam-macam kenangan..
Alhamdulillah, Mr Husband, sentiasa disamping semasa di dewan bersalin.

Maria Firdz said...

Tak sempat nak tanya... Hehe.. Sebab dua-dua tak sempat nak tanya..