Monday, June 15, 2015

MESTI BACA : 6 TIPS UNTUK PERSEDIAAN IBU YANG MENYUSU MENJELANG RAMADHAN!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan al Mubarak.Dalam keterujaan nak jalankan salah satu Rukun Islam ni terbit juga kerisauan terutama di hati ibu-ibu menyusu. Sudah pasti Allah tidak membebankan hambaNya jika tidak mampu.

Sedikit rukhsah (atau kelonggaran) mengikut situasi. Bukanlah membawa maksud jika menyusukan anak sahaja, dapat green light untuk tidak berpuasa. Ia adalah salah sama sekali.



Adakah berpuasa membahayakan anak?

Tentu sekali tidak. Walaupun ada mitos mengatakan jika kita kurang makan dan minum, badan akan menghasilkan lebih toksik yang dipercayai sedikit sebanyak menganggu perut anak, ia adalah tidak betul.

Anak juga mempunyai daya ketahanannya sendiri. Sebab itu, ibu menyusu dicadangkan mengambil makanan rendah GI (Glisemik Indeks) bagi mengawal tenaga yang dilepaskan secara perlahan-lahan.

GI adalah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula di dalam darah. Makanan rendah GI mengurai karbohidrat lebih lambat dan melepaskan glukosa di dalam darah secara beransur-ansur. Sekaligus melambatkan perut merasa lapar.

Walaubagaimanapun, ibu menyusu lebih cepat dehidrasi berbanding ibu lain. Ibu menyusu akan lebih cepat berasa haus. Ia dapat dikesan melalui:

  • air kencing berwarna keruh dan berbau kuat
  • berasa hendak pitam dan lesu
  • mula merasa sakit kepala

Jika ada tanda-tanda diatas, ibu digalakkan berbuka puasa. Minum air secukupnya (lebih baik memilih air elektrolit) supaya cecair di dalam badan menjadi seimbang dan berehatlah. Jika selepas setengah jam perkara di atas tidak berkurang, boleh ke klinik dan dapatkan nasihat doktor.

Apa Persediaan Ibu Menyusu Menjelang Bulan Ramadhan?

1. Membuat stok EBM
Ibu bekerjaya mungkin dah biasa simpan stok, tapi buat surirumah tak salah sediakan juga stok EBM di rumah. Ditakuti pengeluaran susu menyusut di siang hari, jadi dapatlah stok EBM membantu menampung keperluan susu anak.

2. Amalkan Makan Kurma Semasa Sahur
Seperti Rasulullah cadang, sahur dengan 3 biji kurma. Kurma adalah sumber tenaga segera yang mengandungi pelbagai nutrien penting yang membantu ibu menyusu kekal bertenaga. 

3. Makan 3x sehari
Sahur dan berbuka adalah wajib dan ibu menyusu boleh tambah lagi satu waktu makan iaitu makan sebelum tidur. Keperluan kalori yang cukup bantu ibu mengekalkan penghasilan susu. Jika takut gemuk, ambillah makanan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap.

4. Amalkan Diet Seimbang
Seperti di bulan biasa, nutrien yang seimbang akan menghasilkan susu yang berkualiti. Jadi seeloknya ibu menyusu mengambil berat pada makanan yang berkhasiat, bukan hanya mengikut selera tekak. hehe. Kerana apa yang ibu makan, indirectly anak pun akan dapat sama.

Bagi keperluan menyeluruh, boleh add-on vitamin menyusu lengkap bagi menampung lompong-lompong makanan yang kurang berkhasiat sambil memastikan susu badan kekal meriah dan pekat.

5. Pengambilan air 2-3 liter sehari
Penghasilan susu memerlukan air. Jadi ibu menyusu wajib kekal minum 2-3 liter air sehari. Masa minum mungkin agak terhad, sebaiknya ibu sediakan botol yang mudah dibawa kemana sahaja. Boleh minum antara waktu solat terawikh dan sebagainya.

6. Bertenang dan berfikiran positif
Jangan lupa, mindset pun sangat mempengaruhi penghasilan susu. Ia melibatkan 2 hormon iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilan hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan susu. Oksitoson pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu.

Tenang dan jangan terlalu stress, buat seperti biasa dan fikirkan ada rezki untuk anak, InsyaAllah. Semoga kesemua tips ini membantu ibu menyusu berpuasa dengan lebih bertenaga dan ceria.


KLIK UNTUK INFO LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik