GEMUK GARA-GARA B-COMPLEX


Assalamualaikum & salam sejahtera




Hari ni mommy nak berentry mengenai KEGEMUKAN..mohon jangan sensitif ye.Almaklumlah,ramai yang kata kalau makan b-complex ni boleh jadi gemuk.Betoi kaaa??Sebelum mommy hurai dengan panjang lebar,jom kita berkenalan dulu dengan B-Complex ni

Tubuh badan manusia memerlukan 13 jenis vitamin utama untuk berfungsi dengan baik. Vitamin-vitamin tersebut adalah:


Daripada 13 jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita, 8 daripada vitamin tersebut adalah daripada kumpulan vitamin B Complex. Oleh itu, sebelum mengambil atau membeli sebarang Vitamin B, pastikan anda melihat dulu isi kandungan Vitamin B tersebut supaya meliputi keseluruhan keluarga Vitamin B Complex untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang optimum. 

B Complex Shaklee mengandung kesemua 8 vitamin daripada keluarga B Complex!




Kebaikan B Complex

  • Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  • Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Di samping itu, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.
  • Memperbaiki masalah kulit kepala, rambut gugur, kelemumur, dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Mencegah masalah mata seperti katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya fokus.
  • Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel-sel darah merah yang sihat dan merangsang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan jantung dan banyak lagi. 


Kaitan B Complex Dengan Kegemukan

B Complex Shaklee seperti yang kita lihat di atas, antara kebaikannya ialah membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. Ini bermakna, makanan yang kita makan, akan ditukar kepada tenaga oleh B Complex. Hasilnya kita akan mempunyai tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian. 

Walau bagaimanapun, untuk memastikan kita tidak makan banyak dan menjurus kepada kegemukan akibat daripada pengambilan B Complex, kita hendaklah makan B Complex selepas mengambil makanan utama. Sebab hasilnya B Complex akan membantu pencernaan makanan dan membebaskan tenaga, bukan menyimpan lemak, karbohidrat dan protein yang ada dalam tubuh kita :)

Jika kita mengambil B Complex sebelum makan, kemungkinan besar kita akan makan dengan lebih banyak kerana B Complex memerlukan makanan untuk dicernakan. Saya pernah makan B Complex 2 jam selepas makan, kesannya saya mengalami rasa loya dan sakit perut kerana B Complex telah mencernakan makanan di dalam perut dan tiada lagi makanan untuk dicernakan. 

Dalam erti kata lain, sebenarnya B Complex meningkatkan metabolisma tubuh dengan mempercepatkan pembakaran makanan yang telah dimakan. Pemakanan B Complex yang betul sebenarnya akan menyebabkan badan kita lebih shape up.

Peringatan:

Pastikan anda meminum air yang banyak selepas mengambil B Complex atau sebarang supplemen yang lain. 

Post a Comment

0 Comments