Saturday, November 15, 2014

MESTI TENGOK : KOLEKSI ABAYA TERBARU REKAAN JOVIAN MANDAGIE!



Assalamualaikum

Adakah anda merupakan penggemar ABAYA
dan tercari-cari ABAYA MENARIK untuk dipakai??

Inilah masanya yang sesuai untuk anda memiliki 
abaya terbaru rekaan Jovian Mandagie!

Ya,Jovian melacarkan koleksi terbaru yang diberi nama PRIDE bersempena dengan kempen kesedaran kanser payudara.Ia merupakan usahasama bersama ZALORA Malaysia dan Bank Simpanan Nasional untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser payudara. 

Usaha murni ini menampilkan beberapa koleksi jubah moden
blouse dan skirt dengan rekaan yang berilhamkan reben merah jambu.











Seperti yang kita sedia maklum, reben merah jambu adalah simbolik kepada kempen kesedaran payudara.Ketabahan dan kecekalan yang ada dalam diri setiap pesakit kanser menjadi pendorong kepada Jovian untuk menghasilkan rekaan bagi koleksi PRIDE ini.

Apa yang menarik mengenai koleksi jubah Jovian Mandagie ini,setiap satunya dihasilkan dengan rekaan yang begitu unik dan menggunakan fabrik yang berkualiti. 

Potongan yang elegan pada setiap helai jubah menjadikan koleksi jubah moden ini amat sesuai untuk anda gayakan apabila ingin menghadiri majlis-majlis istimewa seperti sambutan perayaan atau resepsi perkahwinan!















Cantik kan ??

Jika anda merupakan salah seorang daripada Jovianista,
pastinya anda tidak akan melepaskan kesempatan untuk memiliki 
sehelai abaya moden keluaran Jovian Mandagie ini!

Apalagi,jom shopping online kat Zalora !!


2 comments:

Azwar Syuhada said...

Cantik-cantik semuanya. rambang mata tengok :)

yong norliza said...

@Azwar Syuhada hihii.. tu la kelebihan kita org pompuan..rambang mata sokmo ^^