DIDIKAN AWAL UNTUK SI MANJA

4:24 PM yong norliza 0 Comments





Kata orang nak melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau hendak mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murnia, biarlah ia dilakukan sejak kecil lagi.
Anak kecil mudah dibentuk dan diberi tunjuk ajar dengan cara yang betul, lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan kepada mereka sehingga dewasa. Anda boleh mula mengajar beberapa amalan positif asas kepada bayi anda.
  1. Ajar kemas barang permainan
Sebaik pandai berjalan dan bermain, kita juga gemar membelikan pelbagai alat permainan. Biasanya ketika bermain, alatan tersebut akan bersepah. Dalam hal ini, ajarlah anak untuk bertanggungjawab terhadap perbuatannya. Biarpun dia masih kecil, tidak salah untuk anda mengajarnya mengemas kembali alat permainan yang sudah disepahkan. Pada peringkat awal, anda boleh memegang tangannya sambil mencapai barang permainan, kemudian masukkan ke dalam bekas simpanan barang. Katakan kepadanya setiap kali habis bermain, permainan perlu disimpan di dalam bekas simpanan barang.
  1. Jaga kebersihan tangan
Cara asas menghalang penyebaran kuman adalah melalui cara kebersihan tangan. Jadi, ajarlah si kecil membasuh tangan sebelum dan selepas makan, ke tandas, bermain atau memegang haiwan dan sebagainya. Secara tidak langsung si kecil belajar bahawa pentingnya membersihkan tangan untuk menjaga kebersihan.
  1. Membuang sampah
Ajar si kecil membuang sampah di tempat yang betul. Didikan awal membuatkan si kecil suka menjaga kebersihan. Selalulah memberitahu anak tentang keburukan membuat kekotoran apabila sampah tidak dibuang di tempat yang betul dan keburukan kuman yang menjadi penyebab banyak penyakit.
  1. Minum air masak
Anda boleh didik anak gemar minum air masak berbanding minuman manis. Dengan menyediakan bekas minuman khusus untuknya, dia boleh minum pada bila-bila masa. Pastikan juga anda sering bertanyakan kepada si kecil sama ada dia mahukan air dengan lebih kerap kerana dia mungkin terlalu kecil untuk memberitahu dia haus atau tidak.
  1. Menggosok gigi
Bukan mudah membiasakan diri dengan tabiat yang sihat seperti menggosok gigi selepas dan sebelum tidur. Anda perlu mendidik anak dengan amalan menggosok gigi sejak dari kecil lagi. Percayalah, rutin yang dilakukan setiap hari ini lama-kelamaan akan menjadi amalannya tanpa perlu disuruh.

0 Comment: