Sunday, September 7, 2014

MENGAPA BAYI TIDAK BOLEH MINUM AIR KOSONG?





“Anak kamu tu haus agaknya. Bagi minum air kosong sikit,” arah Mak Leha kepada Fatin yang baharu sahaja melahirkan bayi apabila si kecil asyik menangis sahaja.
Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi tersebut? Bayi baharu lahir hanya memerlukan susu ibu sebagai sumber makanan utamanya sahaja, mengapa perlu diberi air kosong?  Hakikatnya, bayi berusia enam bulan ke bawah tidak memerlukan sebarang air tambahan selain susu ibu kerana ia berupaya meragut nyawanya.
Ada ibu beranggapan air kosong perlu diberi kepada bayinya untuk membilas lidah yang diselaputi kesan putih selepas menyusu. Malah ada juga yang percaya air kosong dapat merawat jaundis yang dialami si comel.
Perbuatan tersebut sebenarnya mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko kesihatan malahan boleh mengancam nyawa si kecil. Perlu diingat bahawa susu ibu sendiri mengandungi 88 peratus air! Jadi, bayi tidak memerlukan air tambahan.
Bahkan saiz buah pinggang bayi yang masih belum cukup matang akan membuatkan tubuhnya mengeluarkan garam kesan daripada penghasilan cecair yang berlebihan. Akibat kehilangan garam, ia boleh mempengaruhi aktiviti otak bayi.
Antara masalah yang boleh timbul akibat perbuatan memberi bayi yang berusia enam bulan minum air kosong adalah seperti berikut:
  1. Mengancam nyawa
Air kosong yang diberi kemungkinan mengandungi kuman. Air yang dicemari kuman diperoleh daripada sumber yang tidak bersih. Oleh itu bayi terdedah kepada masalah cirit-birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.
  1. Menghakis pelindung penyakit
Air kosong akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Ini boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit yang boleh meragut nyawa apabila sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan minum air kosong berlebihan.
  1. Sawan tarik
Bayi di bawah usia lima minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Hal ini berlaku apabila diberi terlalu banyak air, ia akan menyebabkan garam di dalam tubuhnya cair. Akhirnya mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik. Sindrom ini dikenali sebagai oral water intoxication.
  1. Merencatkan tumbesaran
Saiz perut bayi sangat kecil. Apabila perutnya dipenuhi air, ia akan menyebabkan dia kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang diperlukan. Air kosong tidak mengandungi apa-apa jenis khasiat pemakanan. Ia boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan bayi.
  1. Menjejaskan akal
Amalan memberi air kepada bayi di awal kelahiran boleh meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Pemberian air kosong pada hari pertama selepas bayi dilahirkan didapati meningkatkan risiko jaundis. Pemberian air kosong hanya akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.
Bayi boleh mula diberikan air kosong selepas berusia enam bulan keatas tetapi dalam kadar yang perlu sahaja. Pemberian air kosong berlebihan hanya membuatkan si manja kembung perut dan tidak selera untuk makan

Tercari-cari suplimen untuk membantu penyusuan ?   KLIK SINI



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 comments: