BENARKAH STRESS MEMBUATKAN SUSU IBU MERUDUM ??

6:30 AM yong norliza 2 Comments




Masalah stres kelihatan agak remeh tetapi besar impaknya kepada sesiapa yang mengalami. Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, masalah stres dikatakan tidak akan mengurangkan bekalan susu yang dihasilkan namun sekiranya ibu berasa sangat stres dan mengganggu kekerapan menyusukan bayi, ini akan mengurangkan bekalan susu ibu buat sementara.
Payu dara ibu menghasilkan susu mengikut permintaan bayi. Sekiranya penyusuan terganggu kerana apa sahaja puncanya dan bayi pula tidak menyusu seperti rutinnya, susu yang dihasilkan akan automatik berkurangan.
Jangan jadikan masalah stres yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Masalah pelekapan bayi pada payu dara ibu juga boleh memberi kesan kepada penyusuan. Sekiranya bayi tidak melekap pada payu dara dengan betul, maka sukar baginya untuk mendapat susu yang cukup. Seterusnya bayi akan mengamuk dan menolak payu dara ibu apabila hendak disusukan. Ini memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.
Bahkan ada ibu yang kurang ilmu tentang penyusuan terus beranggapan bayinya enggan menyusu kerana bekalan susu ibu kurang, namun sebenarnya tidak. Oleh itu ibu perlu pelajari bagaimana posisi pelekapan bayi pada payu dara ketika menyusu.
Sekiranya ibu menghadapi masalah berkaitan penyusuan, jangan tanggung ia bersendirian. Rujuklah kepada mereka yang pakar untuk mendapatkan bantuan. Kini ada ramai Pakar/Konsultan Laktasi yang anda boleh hubungi bagi bertanyakan masalah yang dihadapi.
Bahkan dengan menyertai banyak forum/kumpulan ibu-ibu menyusu dalam komuniti secara maya yang boleh berkongsi pengalaman dan info berguna. Belajar menyusukan bayi dengan susu ibu satu pengalaman yang menakjubkan. Oleh itu lalui ia dengan penuh rasa gembira dan yakin anda boleh memberikan si manja khasiat yang terbaik. Kegembiraan tersebut akan membuatkan anda tenang dan kurang rasa tertekan. Maka penyusuan susu ibu akan berjalan lancar.

TERCARI-CARI MILK BOOSTER 
UNTUK MASALAH SUSU MERUDUM??


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

2 Comment:

Mila Hilas said...

a ah rsanya mcm tu lh..sy stkt ni alhamdulillah susu msh ad utk anak dh 17bln menyusu

acik watie said...

singgah tengok rakan lama

http://acikwatie.blogspot.com/