PETUA : ATASI BENGKAK SUSU

7:48 PM yong norliza 0 Comments


Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan BENGKAK SUSU? Situasi ini selalunya dialami orleh ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan bayi.Ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif,iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta(hormon susu) banyak dihasilkan padawaktu tengah malam hingga ke subuh.

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu,cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu tersumbat hingga menyebakan susu yang dipam tidakkeluar. Hnaya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.Cuba amalkan petua berikut untuk kurangkan sakit akibat bengkak susu :-


  1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan,termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  2. Susukan bayi anda dengan kerap,iaitu setiap dua atau tiga jam,walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.
  3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara apabila areola sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul,perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  4. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah dan teruskan mencuba.
  5. Semasa bayi sedang menyusu,urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan.Ini dapat membnatu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  6. Jika payudara terlalu penuh dengan susu,menggunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan meburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  7. Menyikat payudara yang bengkak dengan sikat(sikat menghala ke puting),Lakukan berulang-ulang kali dan pengaliran susu akan kembali lancar. Pastikan juga anda menyusukan bayi secara langsung.
  8. Daun kubis segar juga dapat membantu melegakan kesakitan,walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Ambil daun dan tekupkan pada payudara yang sakit. Daun kubis mungkin ada kesan penyejuk tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu sus tidak dapat dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.Buat seseklai sahaja keran jika diamalkan selalu boleh menybabkan susu kering.
  9. Ambil cuka dan campur dengan air di dalam piring.Ambil kapas,celup dan sapu pada sekeliling payudara.Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun dipermukaan hadapan.Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payudara bial daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu,ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

pssstt ... jom dapatkan suplimen penyusuan terbaik kami !!! KLIK SINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 Comment: