Monday, August 25, 2014

PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK IBU HAMIL YANG BEKERJA



Kesibukan seharian di tempat kerja kadang kala membuatkan ibu hamil tidak sempat untuk menikmati hidangan makan yang sempurna. Adakalanya disebabkan sibuk dengan mesyuarat dan janji temu perniagaan, membuatkan anda terlepas waktu makan utama.
Jangan jadikan ia amalan kerana sebagai bakal ibu, anda harus memastikan pemakanan adalah seimbang dan sempurna setiap hari kerana turut membekalkan nutrien kepada anak di dalam kandungan.
Beberapa tip mudah berikut mungkin boleh membuatkan anda kekal bertenaga dan memberi bayi dalam kandungan khasiat yang diperlukan.
1.Sekiranya jenis pekerjaan ibu sentiasa membuatkan anda tergesa-gesa di pagi hari, sediakanlah makanan untuk sarapan pagi pada malam sebelumnya yang mudah dimakan dalam perjalanan atau sebaik tiba di pejabat.
2.Menyimpan bekalan snek yang sihat di laci meja kerja  juga membantu mengurangkan rasa lapar di tempat kerja. Antara menu yang dicadangkan adalah potongan buah-buahan segar, buah-buahan kering seperti prun, kurma, aprikot,  sayur-sayuran kukus seperti brokoli, lobak merah, jagung muda manis, bijirin, kekacang seperti badam atau gajus, biskut berserat dan roti.


3.Selain mengambil nasi dan lauk pauk, anda boleh pelbagaikan makan tengah hari dengan membawa bekalan seperti sandwic menggunakan roti pita dan tortillas. Gunakan daun salad ditambah dengan hirisan ayam yang dibakar. Untuk mengelakkan tidak sempat menyediakan bekalan ini, anda boleh sediakan beberapa inti sandwic yang berbeza pada malam sebelumnya. Jadi, ia dapat menjimatkan masa anda di waktu pagi.



4.Sup berkrim juga berkhasiat untuk dinikmati. Anda boleh sediakan sendiri atau guna sup tersedia dalam kotak atau botol. Bagaimanapun pastikan membaca label bagi mengelakkan sup yang banyak garam.


5.Untuk mengenyangkan perut di waktu makan tengah hari, pilihan kentang juga bagus untuk membekalkan tenaga, vitamin C dan serat. Anda boleh memasak kentang bakar yang diisi dengan beberapa inti menarik seperti keju, daging ayam atau lembu cincang, kacang panggang dan sayuran.


6.Salad tidak pernah gagal menjadi pilihan makanan paling berkhasiat tidak kira sama ada disediakan sendiri atau pun yang dibeli. Bagaimanapun pastikan bahan-bahan campuran dengan salad adalah yang dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang mencukupi.



7. Sekiranya anda keluar makan di luar elakkan daripada makan makanan segera kerana ia mengandungi banyak lemak dan rendah nutrien. Tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan sekali sekala. Ada cara untuk membuatkan makanan segera yang dipesan lebih sihat, misalnya jika memesan piza, pilihlah bahan lauk atas berasaskan sayur-sayuran dan bukan daging. Makan piza dengan salad  untuk mendapat pelbagai nutrien.


8. Anda perlu berhati-hati mengenai ramuan hidangan kerana kini sedang hamil. Jika makan ikan tuna atau stik daging lembu, pastikan ia cukup masak. Jangan makan makanan laut yang tidak dimasak atau sos dan pencuci mulut yang dibuat daripada telur mentah. Ia boleh menyebabkan ibu hamil terkena jangkitan bakteria.



Mahukan suplimen terbaik untuk sepanjang kehamilan anda ?



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 comments: