Monday, August 4, 2014

KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI




Hari ini ramai ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata mengadu si kecil cukup tidak suka apabila dibedung. Setiap kali dibedung pasti bayi akan menangis tanda tidak selesa atau mengeluarkan tangannya daripada bedungan.
Mungkin sebagai ibu bapa baharu, anda masih tidak mahir mengaplikasikan teknik membedung bayi dengan cara yang betul membuatkan si kecil jadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka. Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.
Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:
*Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.
*Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya.
*Ia turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.
*Ia turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.
*Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.
*Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.
Ada dua jenis teknik membedung bayi.
  1. Teknik konvensional cara lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung diperbuat daripada kain kapas.


  1. Teknik moden iaitu menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.



Kini terdapat juga rekaan baju panjang seperti ‘skirt’ labuh yang melindungi kaki bayi. Anda hanya perlu memakaikan bayi dengan bedung tersebut. Tutup butang baju bahagian bawah baju panjang itu dan kaki bayi automatik ‘dikurung’. Ia sesuai dipakai ketika dalam bilik berhawa dingin atau semasa menaiki kenderaan.

0 comments: