AKTIVITI MENARIK BANTU PERKEMBANGAN BAYI


Bayi kecil memerlukan bantuan daripada papa dan mama untuk menjadi manusia yang pandai berdikari. Sejak usia bayi lagi papa dan mama memainkan peranan penting dalam membentu merangsang perkembangan positif bayi.
Biarpun mereka masih kecil jangan biarkan mereka hanya terbaring sahaja tanpa sebarang rangsangan. Ingatlah bayi kecil anda sudah mula belajar sejak hari pertama dia melihat dunia. Berikut ada beberapa panduan yang boleh diaplikasikan dalam membantu perkembangan positif anak anda.



Tunjukkan kasih sayang anda
Curahan kasih sayang, perhatian dan belaian membantu tumbesaran bayi yang lebih positif. Oleh itu jangan berhenti memeluk, menyentuh, senyum, beri perhatian dan bermain dengan bayi anda sebanyak yang boleh.

Didik bayi fahami keperluan asasnya
Bagi membolehkan bayi terus sihat dan cergas sepanjang perjalanan tumbesarannya maka anda perlu mendidik dan mendisiplinkan bayi bagaimana mendapat tidur yang cukup, menyusu susu ibu secukupnya dan bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang perlu.

Bercakap dengan bayi
Walaupun si kecil masih belum boleh bercakap tetapi bercakap dengan bayi merupakan rangsangan positif yang mudah dipraktiskan oleh papa dan mama. Secara tidak langsung anda membantu dia belajar untuk berkomunikasi. Bercakaplah dengan bayi anda pada bila-bila masa terutama ketika sedang menukar lampin, memakaikan pakaian, memandikan dan menyuapnya makan.

Merangsang derianya
Cara rangsangan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan pelbagai objek seperti kain, kertas atau mainan daripada bermacam bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat.

Membaca bersama
Aktiviti membaca boleh dimulakan sejak usia bayi lagi. Membaca secara kuat merupakan salah satu perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk membantu membina himpunan perkataan anak dan meningkatkan imaginasi dan kemahiran bahasanya.

Biarkan dia meneroka
Sesekali anda perlu membiarkan si kecil meneroka persekitarannya tanpa sebarang larangan ‘jangan’. Ia bertujuan untuk membina otot-otot yang kuat, imbangan dan koordinasi yang baik. Bayi memerlukan ruang untuk merangkak, menjelajah dan akhirnya berjalan. Apa pun pastikan rumah anda selamat untuk bayi supaya dia bebas meneroka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments