PERUBAHAN SUAMI APABILA ISTERI HAMIL




Biasanya apabila menanti kelahiran seorang bayi, semua tumpuan diberikan kepada bakal ibu. Perubahan mood, tubuh badan, kesihatan, pemakanan dan segala macam lagi semuanya berlaku kepada ibu hamil. Bagaimana pula dengan peranan bakal ayah?
Jarang sekali kita memerhatikan perubahan yang berlaku kepada bakal ayah. Dalam kesibukan bakal ibu melayan perubahan yang berlaku pada dirinya seperti ‘roller coster’, kadang kala isteri terlupa terhadap perubahan yang berlaku kepada suami.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dijangkakan daripada suami ketika anda sedang berbadan dua.
  1. Teruja dalam kebimbangan
Pertama kali melihat garis merah jambu pada alat penguji kehamilan, perasaan bakal ayah jadi tidak keruan. Gembira, bimbang, keliru atau rasa nak menangis? Semuanya bersatu dan dalam masa yang sama terus memikirkan tanggungjawabnya yang semakin bertambah. Tetapi sebagai lelaki yang terkenal ego, sudah semestinya hanya perasaan yang bahagia sahaja akan ditunjukkan.
  1. Perubahan hormon?
Sebaik embrio melekat pada dinding rahim ibu, bermulalah episod perubahan hormon. Hormon estrogen dan progesteron menjadi tiga kali ganda berubah ketika hamil. Sebenarnya bukan ibu sahaja yang mengalami perubahan hormon, ayah juga mengalaminya. Secara asasnya ia menyamai otak budak lelaki yang bertukar kepada lelaki dewasa ketika akil baligh, otak lelaki perlahan-lahan bertukar kepda otak seorang ayah ketika isteri mengandung.
  1. Turut berempati
Ada bakal ayah yang turut melalui pengalaman simptom ibu mengandung. Biasanya ia berlaku pada trimester pertama tetapi boleh juga berlanjutan sepanjang kehamilan isteri. Selain menambah berat badan, ada lelaki yang merasa mual, loya, muntah, pening malahan mengidam macam-macam. Jadi, ibu-ibu bolehlah berkongsi biskut kraker dan teh halia dengan suami ya.
  1. Merancang
Jika bakal ibu menganggap bayi dalam kandungannya umpama ‘objek lembut’  yang perlu dijaga dengan berhati-hati dan diberikan fokus 100 peratus, lelaki pula lebih menumpukan kepada perancangan fasiliti – seperti kereta baharu yang lebih selesa untuk anak yang bakal lahir dan sebagainya.
  1. Dia sebenarnya mendengar
Suami anda mugkin kurang beri perhatian sekiranya anda sibuk bercakap (terutama dalam bab barang-barang bayi) tetapi jangan risau kerana pusat pendengarannya akan berubah kelak apabila mendengar suara tangisan bayi anda. Walaupun diakui ibu lebih peka pendengaranya terutama dalam bab anak menangis, tetapi sekurang-kurangnya si dia pun ada perasaan tersebut.
  1. Pertalian ayah & bayi

Ia bukan sesuatu yang memeranjatkan yang ibu dan anak mempunyai pertalian yang erat, tetapi kombinasi hormon, perubahan sistem otak dan sentuhan fizikal turut membolehkan ayah mengalami pengalaman yang sama juga. Untuk memastikan ia berlaku, ibu perlu berikan sedikit ruang dan peluang kepada ayah.  Sesekali biarkan ayah pula menguruskan bayi baharu anda dengan sedikit ‘pengawasan’. Kajian sendiri mendedahkan seorang ayah akan bertindak secara berbeza (pastinya ia bermanfaat kepada bayi) apabila ibu tiada di rumah atau tidak memerhatikan caranya menguruskan si anak

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

1 Comments