Sunday, May 11, 2014

, , , , , ,

CARA MELATIH KANAK-KANAK BERPUASA




Melatih kanak – kanak berpuasa adalah salah satu tugas ibu bapa yang tidak boleh dipandang ringan. Berpuasa adalah salah satu daripada rukun Islam. Walaupun berpuasa hanya diwajibkan kepada mereka yang sudah baligh, tetapi latihan berpuasa perlu dimulai sejak kecil lagi. Latihan ini hanya sebulan sekali sahaja dalam setahun. Oleh itu, setiap kali bulan Ramadan tiba, latihan perlu dilakukan bagi memudahkan kanak – kanak ini berpuasa bila tiba masanya nanti. Latihan berpuasa juga sebenarnya bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi memberitahu kepada mereka bahawa sebagai umat Islam kita mesti melakukan segala perintah Allah. Pengetahuan berkaitan agama seperti taat terhadap perintah Allah perlu disemai dalam kehidupan kanak – kanak ini sejak awal lagi.


Lagi 1 bulan lebih sahaja kita sebagai umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Bagaimanakah persiapan untuk diri kita dan anak – anak? Saya akan kongsikan serba sedikit cara – cara melatih kanak – kanak berpuasa yang saya perolehi daripada pengalaman ibu – ibu lain dan juga pembacaan saya.
5 Cara Melatih Kanak – Kanak Berpuasa.
1) Terangkan Apakah Ramadan
Sebelum hadirnya bulan Ramadah, kita sebagai ibu bapa boleh menerangkan kepada anak kita tentang kehadiran bulan yang mulia ini. Anda boleh menceritakan kepada anak anda tentang kehebatan dan kelebihan berpuasa ketika bulan Ramadan. Anda boleh menggunakan contoh seperti “Upin dan Ipin bersama kawan – kawannya pun berpuasa juga” .
 2) Ceritakan Suasana Gembira Ketika Ramadan
Suasana yang menyeronokkan boleh membuat kanak – kanak lupa atau hilang rasa letih dan lapar. Anda juga boleh galakkan mereka untuk membantu menyediakan juadah berbuka. Berikan mereka peluang untuk membaca doa ketika sahur dan berbuka puasa secara beramai – ramai. Berbuka bersama rakan – rakan anda yang mempunyai anak yang sebaya atau dengan saudara-mara yang lain boleh menwujudkan suasana yang riang dan mengembirakan anak anda.
 3) Memberi Ganjaran 
Ini adalah salah satu teknik yang biasa digunakan dari dahulu lagi, betul tak? ;)
Ganjaran seperti wang, menyediakan makanan kegemaran ketika sahur atau berbuka, mahupun peluk cium disertai kata – kata pujian. Namun begitu, setiap ganjaran diberi haruslah disertai dengan penerangan. Kita sebagi ibu bapa harus menerangkan bahawa berpuasa itu adalah tuntutan agama. Tujuan kita berpuasa adalah untuk mendapatkan pahala dan keredhaan Allah serta menyucikan jiwa kita. Bukan untuk ganjaran dunia semata – mata.
 4) Memberi Kelonggaran (jika mendatangkan kemudaratan)
Berpuasa bagi kanak – kanak hukumnya adalah tidak wajib selagi mereka belum baligh. Oleh yang demikian, berikan meraka masa untuk mereka berjinak dan belajar tentang berpuasa. Kita sebagai ibu bapa boleh memberi kelonggaran berpuasa suku atau separuh hari. Jika mereka tidak mahu mengaku kalah untuk berpuasa penuh sehingga waktu berbuka, betikan mereka galakan. Walaubagaimanapun, keadaan meraka haruslah dipantau supaya tidak memudaratkan kesihatan.
 5) Mengambil Makanan Seimbang
Pastikan anak anda bersahur dihujung waktu untuk mengelakkan dari rasa terlalu lapar atau letih. Ibu bapa haruslah bijak dan mempelbagaikan juadah sahur dan berbuka. Pastikan makanan tersebut mengandungi khasiat dan seimbang. Pastikan juga anak minum air dari waktu berbuka dan sebelum tidur dalam kuantiti yang tidak banyak, tetapi kerap kali. Ini untuk mengelakkan daripada “dehydration”

Buah kurma juga digalakkan untuk anak makan. Ia mengandungi glukosa untuk tenaga dan juga kaya dengan protein, serat, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potossium.
Sekiranya anak anda tiada selera untuk makan di waktu sahur, anda boleh memberikan anak anda sekurang – kurangnya…


Ini kerana Mealshake adalah multivitamin berbentuk serbuk yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat. manakala Performance Drink mampu untuk membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal serta mencegah penyahhidratan. Ia juga sesuai untuk diminum oleh seisi keluarga.
Diharap dengan tips “ Cara Melatih Kanak – Kanak Berpuasa” ini dapat memberi serba sedikit panduan berguna kepada anda.
Sekiranya anda ibu mengandung atau ibu menyusu dan ingin mendapatkan suplemen untuk berpuasa boleh hubungi saya. Jadual lengkap dan jadual pam susu akan saya berikan juga,tetapi..of kos la untuk PELANGGAN SAYA SAHAJA !! Ye la..bila anda membeli produk Shaklee dengan saya,anda berhak untuk mendapat khidmat nasihat sepenuhnya daripada saya ^^

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care



0 comments: