Sunday, April 20, 2014

BINTIK DI SEKITAR MATA & KOLESTROL



Pernahkah anda mengalami situasi bintik-bintik di bawah mata ?






Bintik-bintik disekitar mata menandakan tahap kolestrol anda adalah tinggi
Mari kita berkenalan dengan Kolestrol terlebih dahulu

Apa itu Kolestrol?

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.

Bagaimana mengatasi bintik-bintik kolestrol ?

1. Elak makanan berlemak dan berminyak

Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak.

2. Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis

Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar. Masalah masyarakat Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap.

3. Jangan goreng berulang

Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya

4. Guna minyak sihat untuk tumis

Minyak Naturel yang paling rendah kadar lemaknya setakat yg saya
pastikan. Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.

5.Makan oat

Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.Tapi sekarang ni dah macam-macam produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam.

6.Makan makanan yang berserat tinggi

High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content.
Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat.

7. Kurang makan daging merah, lebih makan ikan
Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa.
Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan.

8. Jangan lupa bersenam

Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan.
Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti.

9. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak

Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong (terliur plak) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak.

Kawal Kolestrol dengan Suplimen


SUPLIMEN


FUNGSI
Omega Guard
Pengambilan asid lemak Omega-3 seperti DHA dan AHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari

Asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal
Garlic
Membantu mengekalkan paras kolestrol dan
tekanan darah yang normal
Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
Menurunkan kolestrol, LDL , Trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan blood colt, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari
Vitamin E Complex

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan yang kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung,otot,prostat disamping meningkatkan fungsi paru-paru,kolon dan sistem imun badan
Lecithin
Pemecah lemak dan kolestrol – lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah.Membantu mengemulsi lemak,kolestrol dan trigliserida di dalam tubuh.Menghalang tekanan darah tinggi kerana  menggalakkan peredaran darah
Energy Soy Protein
( ESP )
Indeks glisemik (GI) yang rendah iaiu 39 membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum menjadikan ESP sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan.Mengandungi 14 gram protein soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung


Jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuas hati :


  

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

1 comments:

Iola said...

baru saya tahu yang bintik macam kutil kutil tu disebabkan level kolesterol tinggi .. nice sharing sis :D