Wednesday, January 29, 2014

Produk kecantikan berbahaya!




Kulit sememangnya memerlukan perawatan sewajarnya agar kelihatan cantik dan cerah, namun kita juga harus mempertimbangkan tentang kesannya terhadap kesihatan. Sebaiknya gunakan bahan alami untuk perawatan kulit agar terhindar daripada kesan sampingan. Dewasa ini produk pemutihan kulit banyak dijual sama ada dalam bentuk krim, pil, sabun dan losyen. Mekanisme yang digunakan kebanyakan produk moden berkenaan ialah dengan memecahkan melanin menggunakan enzim khusus atau hidrokuinon.

Kebanyakan produk krim pemutihan turut digabungkan bersama bahan tabir suria yang bertujuan untuk  mengelakkan berlakunya kerosakan kulit akibat pancaran terus cahaya matahari. Penghasilan pigmen pada kulit sebenarnya terjadi secara semula jadi iaitu faktor genetik. Walau bagaimanapun ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan penghasilan pigmen berlebihan seperti akibat pendedahan pancaran cahaya matahari, masalah kulit hiper-pigmentasi dan pengambilan ubat tertentu. Amalan memakai losyen atau krim tabir suria ialah kaedah paling mudah dan sering digunakan ramai wanita bagi melindungi kulit daripada pigmentasi akibat UVB dan UVA.

Manakala penggunaan hidrokuinon pula ialah kaedah lama yang kekal digunakan sehingga kini kerana kemampuannya mencerahkan kulit. Kelemahannya ialah ia tidak stabil kerana mudah teroksida dan bertukar warna. Bagi memastikan keselamatan pengguna, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan setiap produk pemutihan yang mahu dipasarkan perlu mengandungi kurang dua peratus bahan itu kerana kandungan hidrokuinon yang tinggi boleh menyebabkan radang kulit dan kesan terbakar selepas digunakan.

Sebenarnya ada bahan lain yang tidak  mengandungi hidrokuinon serta mampu memberikan kesan sama terhadap kulit iaitu arbutin, asid kojik, retinoid dan asid laktik. Asid kojid dan retinoid boleh bertindak sebagai agen anti penuaan, meningkatkan pengeluaran sel baru, mengurangkan penghasilan melanin selain meningkatkan kolagen di dalam kulit. Tumbuhan yang mengandungi phyto nutrien seperti kacang soya juga boleh membantu mencerahkan kulit jika diambil secara berkala sama seperti ekstrak Garden Cress atau Lepidium Sativum yang boleh menghalang tindak balas hormon pigmen.


Bahan Dan Zat Kimia Berbahaya Dalam Produk Pemutihan Kulit







Hidrokinon (Hydroquinone)
Zat kimia ini berfungsi untuk ‘menyekat’ pengeluaran melanin agar kulit kelihatan lebih cerah. Penggunaan hidrokinon haruslah tidak boleh lebih dari dua peratus dan tidak boleh digunakan secara terus menerus. Penggunaan hidrokinon untuk jangka masa panjang boleh mengakibatkan kesan kepada ginjal, fungsi hati dan leukemia (kanser darah). Penggunaan hidrokinon haruslah dengan pengawasan doktor.

Merkuri Atau Raksa
Zat (bahan kimia) ini termasuk logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah kecil. Merkuri berfungsi mengecutkan noda hitam pada kulit seolah- olah menghilangkannya. Jika pemakaian dihentikan, noda hitam tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar. Merkuri yang dioleskan pada kulit dapat meresap melalui aliran darah. Kesan jangka pendek penggunaan merkuri dalam produk pemutihan kulit antaranya iritasi kulit, mual dan muntah manakala kesan jangka masa panjang penggunaan merkuri boleh mengakibatkan kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, alzheimer, parkinson dan gangguan perkembangan janin. Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide.

Rhodamin B
Bahan kimia ini memberikan kesan merah pada wajah. Rhodamin boleh mengganggu saluran pernafasan, menyebabkan kanser dan kerosakan hati.

Tretinoin (retinoic acid)
Zat kimia ini boleh menyebabkan kulit kering dan rasa terbakar. Bahan ini biasanya terdapat pada produk pemutih dan produk anti jerawat.


Prosedur Rawatan Kosmetik Khusus Untuk Pemutihan Kulit

Teknik pengelupasan kulit (peeling)
Kebiasaan kulit akan mengelupas sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas rawatan. Proses pengelupasan boleh dimanfaatkan untuk mencantikkan kulit wajah. Sebenarnya secara semula jadi kulit sudah mengelupas dengan sendirinya. Setiap 30 hari sekali sel kulit luar automatik mati dan mengelupas dan digantikan dengan kulit baru yang lebih segar. Namun seiring dengan bertambahnya usia, proses pengelupasan ini semakin kurang berlaku. Oleh itu tidak hairan jika kulit kanak-kanak lebih halus berbanding kulit orang dewasa. Jenis bahan pengelupasan kulit: Physical Exfoliator Teknik pengelupasan kulit dengan menggosokkan bahan yang mengandungi butiran misalnya, skrub. Dengan menggosok permukaan kulit, diharapkan kulit akan semakin halus dan sumbatan pori-pori pun menjadi terbuka.

Chemical Exfoliator
Menggunakan bahan-bahan yang mampu “mencairkan” perekat yang mengikat erat di antara selsel kulit mati. Biasanya bahan ini bersifat asid. Mana satu rawatan
yang sesuai atau terbaik untuk anda bergantung pada jenis kulit anda. Jika kulit anda normal tanpa masalah, menggunakan skrub yang mengandungi butiran
tidak ada salahnya. Namun jika kulit anda berjerawat, berminyak dan kering, anda digalakkan untuk memilih menyingkirkan kulit mati dengan chemical exfoliator.
Peluruh kulit mati jenis chemical lebih cepat bertindak berbanding skrub. Menggunakan chemical juga tidak memerlukan gerakan menggosok dan ia tentunya
mengurangkan masalah iritasi.

Namun jika kulit anda sensitif, anda perlu mendapatkan nasihat dan bimbingan dari pakar kulit sebelum menggunakan teknik ini. Bahan yang selalu terdapat dalam produk pengelupasan antaranya ialah Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BRA). Yang termasuk di dalam BHA ialah salicylic acid yang sering digunakan untuk kulit berminyak atau berjerawat. BHA lebih lembut berbanding AHA hingga risiko iritasinya juga lebih kecil. Poly Hydroxy Acid (PHA) pula molekulnya lebih besar berbanding AHA dan BHA. Sebab itulah ia tidak dapat diserap oleh kulit lebih dalam seperti AHA dan BHA.

Tapi PHA berisiko kecil menyebabkan iritasi pada kulit. Bahan-bahan tersebut kini dihasilkan dalam pelbagai produk penjagaan kulit seperti krim dan losyen
yang banyak dijual di pasaran. Ketiga-tiga bahan tersebut kerap disebut dengan istilah Superficial Peeling. Walau pun semua bahan ini mampu diserap masuk ke
dalam kulit namun bahan-bahan yang terkandung dalam produk ini kurang relatif keberkesanannya  berbanding produk pengelupasan kulit yang diberikan oleh  doktor-doktor pakar kulit.

Pemakaian kepekatan AHA yang disarankan ialah 5 peratus manakala BHA sekitar 3 peratus. Kepekatan AHA dan BHA yang berada di bawah angka-angka tersebut tidak efektif tetapi risiko iritasinya juga rendah. Kini ramai pakar kulit menganjurkan pesakit untuk menghilangkan kulit mati dengan
memakai AHA kepekatan tinggi iaitu 20 peratus hingga 7O peratus. Dalam proses ini, bahan tersebut hanya disapukan pada wajah selama beberapa saat untuk mengelakkan kesan sampingan.

Suntikan Vitamin C
Rawatan kecantikan ini merupakan yang paling popular di kebanyakan klinik dan salun kecantikan. Bagaimanapun, teknik ini tidak disarankan oleh ramai pakar kulit kerana ia boleh mengundang risiko terhadap kesihatan

Lontophoresis
Molekul transdermal dipindahkan ke lapisan epidermis melalui kaedah pembukaan salur sel menggunakan arus elektrik yang rendah. Untuk tujuan pemutihan, kebiasaannya vitamin C dalam bentuk cecair atau larutan disapukan pada bahagian terlibat untuk memberikan keberkesanan rawatan. Kebiasaannya cara ini mampu memberikan hasil yang diinginkan seawal tempoh seminggu selepas rawatan.

Laser QS Nd YAG
Kaedah ini menggunakan pancaran laser berkuasa 1,064 nanometer bertujuan untuk meremajakan kulit. Cahaya yang dipancarkan itu juga mampu mencerahkan kulit kerana ia ditujukan terus kepada pigmen melanin. Kebiasaannya teknik ini digunakan untuk merawat masalah lingkaran gelap bawah mata, meremajakan kulit dan mengurangkan pori pada kulit wajah.


Laser Mosaic Erbium Glas Factional
Ia adalah kaedah laser paling popular ketika ini. Kelebihan kaedah ini ialah ia mampu mengembalikan keremajaan kulit selain dapat mengurangkan pigmentasi dan parut. Rawatan ini juga sesuai digunakan pada tangan, kaki dan badan.


Tip Penting Sebelum Menggunakan Produk Pemutihan Dari Dalam

Perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda menggunakan sebarang produk pemutihan kulit dari dalam sama ada secara suntikan atau oral ialah  membuang segala toksin dalam badan terlebih dahulu atau lebih dikenali sebagai program detox. Kebanyakan dari kita tidak tahu mengenai kepentingan program ini sebelum menggunakan apa-apa jenis produk kecantikan dari dalam. Ekoran dari itu kesan yang diharapkan agak lambat atau lebih malang lagi tidak berkesan langsung. Mengikut kajian, terdapat sisa-sisa makanan dan najis yang melekat pada dinding usus dan ia menghalang penyerapan bahan dari produk secara  maksimum ke dalam tubuh.

Terdapat dua jenis toksin dalam badan manusia iaitu toksin yang melekat di dinding usus dan yang kedua ialah toksin di dalam organ-organ dalaman seperti jantung, pembuluh darah, paru-paru, buah pinggang dan hati. Walau apa saja kaedah yang anda gunakan untuk detox, pastikan anda melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sebelum anda mula menggunakan produk kecantikan dari dalam pilihan anda supaya mendapat hasil yang maksimum. Sebelum memilih produk pemutihan kulit yang ingin digunakan, sebaiknya perhatikan dulu keperluan anda. Sebaiknya penggunaan produk pemutihan kulit hanya untuk situasi yang memang benar-benar diperlukan, misalnya untuk mengembalikan kulit yang hitam akibat pendedahan yang keterlaluan pada sinaran matahari. Hindari pemakaian produk pemutihan hanya kerana ingin mengubah warna alami kulit yang pada dasarnya memang agak gelap menjadi putih.


Beberapa Tip Yang Perlu Diperhatikan Ketika Memilih Produk Pemutihan Kulit:

● Sebelum membeli produk pemutihan kulit, sebaiknya perhatikan kandungan dan dos bahan yang digunakan. Jika dalam produk pemutih tersebut mengandungi salah satu bahan dan zat kimia berbahaya seperti kandungan hydroquinone, batalkan niat untuk anda membelinya meski pun produk tersebut menarik dan menjanjikan hasil yang memuaskan. Kandungan hydroquinone yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit.
● Gunakan produk yang telah didaftarkan sahaja. Cuba oleskan produk pemutih tersebut di bahagian belakang telinga anda kerana kulit pada bahagian telinga sama dengan jenis kulit pada wajah. Jika berlaku sebarang alahan atau iritasi ini bererti krim atau losyen pemutih tersebut tidak selamat digunakan.
● Perhatikan jenis produk terlebih dahulu. Pada dasarnya pemakaian produk pemutih juga bergantung kepada jenis kulit anda. Kulit kering lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk krim manakala kulit berminyak pula lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk losyen.
● Elakkan memakai produk pemutih yang mempunyai dasar bahan kimia lebih dari tiga bulan. Hal ini kerana selepas tiga bulan, proses regenerasi atau pembaikan kulit akan menjadi lebih sukar.
● Sebaiknya pilih produk pemutih yang mengandungi bahan semulajadi misalnya vitamin C. Sebenarnya kulit coklat yang dimiliki oleh kebanyakan wanita Asia lebih kelihatan cantik dan sihat. Kulit coklat mampu ‘menangkis’ ultraviolet sehingga mampu menurunkan risiko kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Kebanyakan produk pemutihan membuatkan kulit mengelupas sehingga kulit akan mudah ‘terbakar’ akibat panahan matahari.
● Perhatikan perubahan yang terjadi, adakah kesan yang diinginkan terjadi begitu cepat? Atau muncul tanda berbahaya seperti kulit menjadi kemerah-merahan dan sebagainya? Ia bagi mengenal pasti produk berbahaya untuk tempoh jangka panjang kerana sebahagian produk tidak mencatatkan bahan berbahaya yang mereka gunakan pada bungkusan produk. Maka sebab itulah pengguna perlu lebih berhati-hati ketika memilih produk pemutihan kulit wajah.


Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

▪ Perbanyakkan pengambilan ikan salmon dan  sayur-sayuran hijau seperti bayam kerana lemak baik yang terkandung dalam ikan salmon dan sayur-sayuran boleh membuatkan sel kulit yang terbakar diperbaharui semula.
▪ Untuk penjagaan kulit badan, apabila kulit dimamah  matahari, gunakanlah pelembab kulit bagi mengembalikan tona kulit asal. Bila perlu, saat mandi tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Lalu cuci kulit yang terbakar dengan air tersebut. Air tersebut akan meringankan rasa sakit akibat selaran cahaya matahari.
▪ Amalkan vitamin C serta vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda. Dan jangan lupa gunakan sunblock untuk  melindungi kulit dari sinar matahari secara langsung kerana sinar matahari tidak selamanya baik untuk kesihatan kulit.


as for me...
of kos laaaa yong amalkan vitamin C & vitamin E shaklee...pastu plus ESP untuk hasil yang mabelesss..

so,jom amalkan set kecantikan Shaklee..kompom2 takda segala bahan2 yg membahayakan kulit kitaaa


klik gambar untuk info set D ni


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care