Endometriosis : Apa yang anda tahu mengenainya??

4:00 PM yong norliza 0 Comments



Mungkin ramai antara kita yang masih tidak mengetahui, bahkan ada yang tidak pernah mendengar perkataan Endomtriosis

Jadi, untuk entry pada kali ini, jom kita tengok apakah sebenarnya endometriosis ini.

Apa itu Endometriosis?

Endometriosis berlaku apabila tisu di dalam rahim wujud atau tumbuh di bahagian lain dalam badan seperti di telur (ovary), pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.  

Semasa proses kitaran haid setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yg akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Bagi tisu yg wujud di luar rahim (endometriosis), situasi ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dpt keluar dari bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu dan menjadi punca kesakitan yg dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.



Apakah punca Endometriosis ?

Punca sebenar endometriosis masih tidak dapat diketahui dengan tepat.  Namun begitu terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan berlakunya keadaan seperti ini.
       
    Kemungkinan terdapatnya darah kotor yang melimpah dan tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Kejadian ini mungkin disebabkan oleh rahim yang agak jatuh ke belakang (retroverted uterus). Keadaan rahim sebegini sering dikaitkan dengan endometriosis bilamana mereka yang mempunyai rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang mengidap penyakit endometriosis.

       Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

    Juga, ada pendapat yang mengatakan bahawa punca endometriosis berlaku adalah disebabkan daya ketahanan wanita itu telah lemah dan lentur, dimana tisu-tisu yang sepatutnya keluar dari tubuh telah menyerang tubuh itu sendiri. Hakikat yang terjadi, apabila tisu endometrium ini mula melekat dimana-mana tempat, ia akan mulai tumbuh. Lapisan ini akan menjadi bertambah tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dan bila haid berlaku lapisan ini juga akan turut mengeluarkan darah.

 Bila keadaan ini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Adakah suplimen dapat membantu ?

Hakikatnya, setiap penyakit  yang datang itu dalam keizinan Penciptanya jua. Justeru, penyembuhannya juga hanyalah daripada Dia. Kita hanyalah berikhtiar, berusaha selagi mampu.

Berikut merupakan cadangan suplemen untuk pengidap endometriosis ini.

B- Complex :
Bertindak sebagai anti-stress untuk menenangkan perasaan wanita yang mengalami tekanan jiwa.Stress dikatakan antara punca masalah endometriosis


Vitamin E Complex :
Antioksidan untuk menghalang pertumbuhan sel yang abnormal.
Turut berfungsi menyeimbangkan hormon


Sustained Release Vitamin C
Bertindak sebagai immune booster,meningkatkan imunisasi tubuh


GLA Complex
Bertindak menstabilkan hormon dalam badan


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care




0 Comment: