Apa itu Kolestrol ?

9:00 AM yong norliza 0 Comments


Assalamualaikum
Hari ni jom berEntry mengenai KOLESTROL
heh..ingat crita cinta kolestrol la tuuu



APA ITU KOLESTROL ?

Kolesterol ialah sejenis bahan yang seakan lemak, lembut dan berlilin yang berada dalam salur darah dan dalam semua sel-sel badan anda. Kolesterol adalah sebahagian penting bagi tubuh yang sihat kerana ianya digunakan untuk menghasilkan membran sel dan sesetengah hormon, dan berfungsi dalam fungsi-fungsi tubuh yang lain. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah adalah satu risiko yang besar untuk penyakit jantung koronari (yang akan membawa kepada serangan jantung) dan juga angin ahmar.

Kolesterol datang dari dua sumber: badan anda dan makanan. Hati anda dan sel-sel lain dalam tubuh anda menghasilkan 75 peratus dari kolesterol darah. Selebihnya 25 peratus datang dari makanan yang anda makan.

Kolesterol LDL adalah kolesterol ‘jahat’. Apabila ia terlalu banyak berkitar dalam darah, ia boleh menyumbat arteri, meningkatkan risiko anda untuk serangan jantung dan strok. Kolesterol LDL dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh, tetapi ramai orang mewarisi gen yang menyebabkan mereka menghasilkannya terlalu banyak. Memakan lemak tepu, lemak trans dan kolesterol makanan juga meningkatkan jumlahnya yang ada pada anda.




ADAKAH KOLESTROL SAMA DENGAN LEMAK ?

Kolesterol seringkali disamakan dengan lemak. Memang ada persamaan di antara keduanya, tetapi sebenarnya, keduanya tidaklah sama. Dari struktur kimianya, kolesterol dapat digolongkan ke dalam keluarga lemak. Namun, lemak sendiri tidak hanya berupa kolesterol namun terdiri atas banyak komponen misalnya, lemak yang berasal dari tumbuhan (lemak nabati) bukanlah kolesterol melainkan fitosterol.
Fitosterol memang memiliki struktur kimia yang mirip dengan kolesterol tetapi dia berbeza dengan kolesterol. Perbezaan tersebut terlihat nyata dari cara kerjanya di dalam tubuh yang berlawanan dengan kolesterol yakni menghambat penyerapan kolesterol di saluran pencernaan.
Kerana banyak yang berfikir bahwa kolesterol sama dengan lemak, banyak juga yang berfikir orang gemuk-banyak kolesterol dan orang kurus-sedikit kolesterol. Pandangan tersebut jelas keliru. Ingat, kolesterol termasuk dalam keluarga lemak. Tapi lemak belum tentu berupa kolesterol.
Sebagai salah satu keluarga dari jenis lemak, kolesterol sukarlarut dalam air dan sangat sukar dihantar ke seluruh jaringan tubuh yang memerlukan. Oleh itu, penghantarannya perlu dibantu oleh sistem metabolisme tubuh. Di dalam proses tersebut, kolesterol bekerja sama dengan protein, membentuk senyawa yang dikenal dengan lipoprotein. Dalam bentuk ini, kolesterol dapat dengan mudah dihantar ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah.
Kolesterol terdapat pada setiap sel di dalam tubuh. Kolesterol merupakan komponen utama pada struktur selaput sel dan merupakan komponen utama sel otak dan saraf serta merupakan salah satu komponen penting dalam semua jaringan tubuh dan bagi pembentukan organ-organ dalam tubuh.
Tak hanya itu, kolesterol juga memainkan peranan besar dalam pembentukan sel-sel tubuh yang sihat misalnya, untuk membina membran sel, membentuk hormon, dan asam hempedu yang membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak dalam tubuh.
Tanpa kolesterol dalam sel-sel tubuh, jaringan-jaringan yang ada dalam tubuh akan terbentuk dalam kondisi kurang kuat dan kurang stabil. Ini dapat membahayakan tubuh. Bila sel tubuh lemah, tubuh terdedah terhadap serangan berbagai penyakit dan infeksi.


0 Comment: