Saturday, December 7, 2013

25 Kebaikan Vitamin C untuk Kulit,Rambut dan Badan



Rupanya banyak kebaikan Vitamin C yang kita tak tahu.

~ patutlah Vitamin C Shaklee rebutan ramai..

Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.


Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:



1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan

memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan 
badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, 
virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk 

bina kolagen,struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang
di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh
radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin 

yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti 
sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C jugamengawal alergi yang 
menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan
baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi

badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". 
Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis
yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.


4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan

kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang 
menyebabkan tekanan darah tinggi.




5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. 
Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, 
sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak 
Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan 
kanak-kanak.Ia menyebabkanmasalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran 
terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami 
kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat 
yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi 
Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan
yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati 
dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping
menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai
bahan bakar untuk kurangkan berat badan


8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, 
hormon dan kortisol yang tinggi.



9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan 
Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, 
menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. 
Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan
aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan 
mempertingkatkan penglihatan.



10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. 
Ia meningkatkan fungsi imunisasi badandan mengelak sel barah tertentu 
terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah 
termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu 
penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah 
mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan 
sel barah.


11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. 
Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.


12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal 
dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. 
Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. 
Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah 
cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal 
paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. 
Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma
Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin 
dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada 
cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi
kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu]
H dan h
 \seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.v]


16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk 
mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan 
warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus
 menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda 
kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkankeanjalan kulit dan mempercepatkan 
tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor,

perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan
 penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma
(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan,

membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu 

sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan
nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi 
kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan 

memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan 
aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.


20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama 
pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering 
dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan 
makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut 
dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu 
pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan 
pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. 
Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi 
dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.


21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. 
Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang 
pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. 
Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. 
Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri 
anti-viral.


22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan 
rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar 
adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.


23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari darah. 
Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. 

Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia
dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu 

untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan 
pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/



0 comments: