Monday, October 28, 2013

Soya : Membahayakan atau Tidak ??



PROTEIN

Protein adalah rangkaian asid amino yang bersambung antara satu sama lain ataupun boleh dikatakan nutrisi penting yang terdiri daripada lemak, vitamin, mineral dan air. Setiap bahagian badan kita terdiri daripada protein iaitu kulit, rambut, otot, darah, organ badan, mata, kuku,tulang dan air di dalam badan. Oleh itu kesemua sel – sel badan dibina oleh protein.

There is no life without protein

Fungi utama protein ialah membina, mengekalkan dan menggantikan tisu – tisu dalam badan. Otot, Organ dan sesetengah hormon dihasilkan oleh protein. Protein jugan menghasilkan antibodi dan hemoglobin ( berfungsi menghantar oksigen ke sel darah ). Badan kita hanya mampu menghasilkan 14 daripada 20 asid amino. Selebihnya perlu diambil dari sumber makanan samada dari sumber haiwan ataupun sumber tumbuhan. Perlu diingat protein merupakan nutrisi komlpeks yang mempunyai fungsi yang berbeza dalam badan kita. Namun secara keseluruhannya protein membentuk komponen terbesar untuk OTOT, KULIT, TENDON, PEMBULUH DARAH, RAMBUT dan TERAS TULANG/GIGI. Protein membantu pertumbuhan badan, mempercepatkan penyembuhan luka, membentuk kolagen ( menganjal & membentuk badan ). Protein lain yang dipanggil enzim membantu menambah tenaga di dalam badan. Sementara protein yang dipanggil hormon bertindak sebagai ‘Pengurus Projek’ dalaman yang membantu fungsi badan secara normal.

Sementara itu Dr. Danial Zainal Abidin dari buku beliau yang bertajuk Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden berkata , Protein adalah rangkaian asid amino yang mengandungi karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen. Ia menjadi komponen utama otot, organ dan kalenjer di dalam tubuh badan manusia. Badan kita memerlukan lebih kurang 20 asid amino bagi diproses menjadi protein. Sembilan daripada asid -asid amino ini perlu diperoleh daripada makanan kerana tubuh badan manusia tidak mampu menghasilkannya. Protein yang terdapat dalam setiap daging dan produk binatang mengandungi asid – asid amino yang perlukan ini secara lengkap. Sebaliknya protein sayur -sayuran, bijirin dan buah – buahan tidak mengadunginya secara lengkap. Oleh itu, mereka yang tidak memakan daging (vegetarian) perlu mengambil pelbagai jenis sayur – sayuran, bijirin dan buah – buahan supaya asid amino yang diperlukannya mencukupi. Bagi menjaga kesihatan, 20 peratus daripada tenaga kalori seseorang perlu datang daripada sumber protein. Sebaik – baik protein adalah yang rendah kadar lemaknya seperti yang terdapat dalam daging binatang ternakan yang dibuang kulitnya, ikan, kekacang dan bijirin. Seseorang yang mengambil daging binatang secara berlebihan akan menaikkan kadar lemak tepu dan kolestrol dalam darahnya dan keadaan ini membebankan buah pinggang dan akhirnya mengancam nyawanya.

KENAPA PERLU PILIH SHAKLEE SOY PROTEIN (ESP) 



ESP Shaklee ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempuyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi “non – GMO ” ( non-Genetically Modified Organism ) iaitu ia diproses pada kadar suhu yang rendah untuk memastikan kacang soya ini bebas dari kacang soya yang diubahsuai secara genetik. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP) yang memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik bermula ia ditanam (benih) sehingga dituai (pengeluran).

Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan diadzein. ( Kacang soya dan produknya seperti tofu dan tempe mempunyai paling kurang 5 bahan sebatian yang berfungsi mencegah kanser. Antara bahan yang tersebut adalah genistein dan diadzein yang mampu menghalang pertumbuhan sel kanser. Di samping itu ahli – ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yang mempunyai formula kimia yang sama dengan ubat tamaxifen yang digunakan secara rutin pada hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian – kajian yang dilakukan ke atas binatang mendapati, kesemua bahan – bahan ini mampu menghalang pertumbuhan sel – sel barah kulit dan usus besar . ~ Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden )

Setiap 850g ( satu tin ESP ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
ESP turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.
Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

KELEBIHAN PENGAMBILAN ESP SHAKLEE

Awet muda ~ Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain- lain. Pengambilan yang disarankan adalah kunci awet muda.

Baik untuk hormon ~ Kacang soya kaya dengan isoflavones yang berfungsi seperti hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.

Baik untuk prostat ~ Genistein yang terdapat dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Kulit Remaja ~ Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

Pembekal Tenaga ~ Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun serta baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsommnia dan tekanan.
Membaiki Pigmentasi ~ Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

Membaiki Memori ~ Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
This entry was posted in

0 comments: