HFMD : APA YANG ANDA MESTI TAHU MENGENAINYA | MOMMYLIZZ






HFMD : APA YANG ANDA MESTI TAHU MENGENAINYA| Kebelakangan ini,HFMD semakin membimbangkan.Sana sini kita dengar anak-anak sudah dijangkiti.Sejumlah 6,748 kes direkodkan setakat 7 Mei lalu, membabitkan penularan dalam kalangan 118 kluster dengan 95 peratus daripadanya adalah tadika, taska serta pusat jagaan harian kanak-kanak dan jumlah ini semakin meningkat setiap hari.

Sehingga kini, katanya, sejumlah 767 kes dilaporkan di negara ini dengan tiga negeri mencatat kes tertinggi iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya sebanyak 259 kes (33.7 peratus), diikuti Selangor dengan 100 kes (13.0 peratus), dan Perak dengan 98 kes (12.8 peratus).

Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia antara bayi kurang setahun hingga enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes (96 peratus), diikuti kumpulan usia antara tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes (3 peratus), dan selebihnya dalam lingkungan usia lebih 12 tahun.

APA ITU HFMD

HFMD adalah singkatan daripada perkataan Hand Foot and Mouth Desease.(Penyakit Kaki Tangan dan Mulut).Ianya adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).




BAGAIMANA HFMD MEREBAK 

Virus penyebab HFMD boleh terdapat di dalam kerongkong dan najis.Ia merebak melalui sentuhan terus dengan air liur,cecair hidung,lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD


SIMPTOM HFMD


Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

HFMD selalunya sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

RISIKO JANGKITAN

HFMD boleh menjangkiti sesiapa sahaja namun kanak-kanak dibawah usia 10 tahun lebih berisiko untuk mendapat jangkitan.Mereka juga berisiko untuk mendapat jangkitan berulang walaupun disebabkan oleh virus yang berbeza.

LANGKAH PENCEGAHAN HFMD




1- Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

2- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

3- Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar dan sudu.

4- Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

5- Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

6- Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.


NASIHAT BUAT IBU BAPA / PENJAGA 



CARA UNTUK MENJAGA ANAK YANG DIJANGKITI HFMD

Tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari dan masa yang paling berisiko untuk menjangkiti orang lain adalah ketika sebelum dan selepas gejala timbul.Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering. Majoriti kes mengalami gejala ringan dan sembuh dalam masa 5-7 hari.

Untuk mengelakkan dehidrasi akibat tidak selera makan,untuk bayi boleh terus berikan susu badan,susu formula atau air dan jus yang dicairkan.

Jika anak sudah boleh makan,boleh sediakan sup atau bubur serta buah-buahan.


BACA LAGI :

CEGAH HFMD DENGAN SHAKLEE

TESTIMONI SET HFMD SHAKLEE

SUPLIMEN SHAKLEE UNTUK TINGKATKAN IMUNITI 



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 





Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.

Post a Comment

5 Comments

Ziana Eunos said…
Terima kasih share info hfmd. Sekarang kes hfmd banyak sangat kan? Takut gak dengar
Mrs Pip said…
Alahai, take care tau semua parents yg ada anak kecil. Benda ni jgn pandang remeh, anak anak yg terkena jangkitan, elok sgt dikuarantin agar x sebarkan penyakit ni.
Yusuf Ahmad said…
Tq atas perkongsianya.... dengan kes HFMD yang semakin meninigkat mmg snagat merisaukan.... hope dengan tips ni dpt bantu ibu bapa dekat luar sana
shidarahmat said…
Hfmd semakin familiar nama dia selepas covid. Memang perlu banya pendedahan tentang masalah ini.
Netty Ah Hiyer said…
Paling risau bila anak-anak inilah kan.. mudah dan terdedah dengan hfmd. Kadang dah ingatkan jaga kebersihan.. tp bila di sekolah dengan kawan-kawan kita pun tak boleh jangka.. tawakal sajalah moga Allah jaga anak-anak kita ini..