TIPS ELAK GASTRIK GANGGU PUASA | Bila sebut sahaja Gastrik , ramai yang membayangkan keadaan sakit perut yang bersangatan.Sakit hujung hati, pedih, rasa kembung, ada kalanya rasa panas di dada, rasa tercekik dan masam atau pahit ditekak.Sampai berguling-guling menahan sakit pun ada!
Jika anda pernah mengalami Gastrik,pastinya kehadiran bulan Ramadan ini membuatkan anda sedikit bimbang kerana risau tak mampu berpuasa dengan sebaiknya.Jom hari ni kita kongsi Tip untuk elakkan gastrik mengganggu puasa anda.
1. Makanan bergoreng
Makanan yang digoreng, berlemak dan mengandungi asid seperti limau dan tomato perlu dijauhi kerana ia boleh menyebabkan gastrik.
2. Makanan pedas
Makanan pedas termasuk makanan segera yang kebiasaannya disimpan dalam tempoh lama mempunyai kandungan kimia yang tinggi selain bahan pengawet yang memburukkan keadaan pesakit.
3. Kafien
Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, air berkarbonat boleh menyebabkan seseorang membuang air kencing dengan lebih banyak. Akibatnya, tubuh akan kehilangan mineral berharga yang diperlukan badan semasa berpuasa.
4. Merokok
Merokok boleh memicu gastrik.Jadikan kedatangan Ramadan sebagai jalan terbaik untuk berhenti merokok.
5 Comments