Baru-baru ini,kita
dihebohkan dengan mesej berantai di Whatsapp mengenai Fenomena Aphelion.Timbul
pelbagai teori perubahan cuaca dan gangguan kesihatan.Ramai yang merasa gusar
dan terganggu.Jom kita ambil tahu mengenai fenomena ini.
APA ITU
APHELION
Dari sudut Astronomi,Aphelion bermaksud orbit sesebuah planet.Ia berasal dari bahasa Yunani kuno 'Apo' bererti jauh dan 'Helios' bererti matahari.Dalam hal ini,Fenomena Aphelion bermaksud bumi berada pada jarak yang jauh daripada matahari iaitu 1526 juta kilometer.
Perihelion pula bermaksud bumi berada pada jarak paling dekat dengan matahari.
BILA BERLAKU APHELION
Kebiasaanya Aphelion berlaku pada 3 atau 4 Julai setiap tahun manakala Perihelion berlaku pada 3 atau 4 Januari.
KESAN APABILA BERLAKU APHELION
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah,fenomena ini tidak akan membawa kesan ketara kepada suhu Bumi.Beliau juga turut menafikan cuaca sejuk akan menyebabkan seseorang individu mudah terkena penyakit seperti demam, batuk dan sesak nafas kerana ia adalah fenomena semula jadi dan tidak memberi sebarang impak kepada tubuh badan manusia.
Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor, Shahrin Ahmad menyatakan bahawa ianya bukanlah fenomena yang berpanjangan seperti musim sejuk atau musim panas,
Kesimpulannya,fenomena ini adalah semula jadi dan berlaku pada setiap
tahun.Sekiranya kita menerima mesej berantai dalam media sosial,adalah lebih
baik kita menyiasatnya terlebih dahulu agar kita mengetahui kebenarannya dan
tidak mudah diserang panik
8 Comments
Tapi dengan kuasa Google, apa salahnya Kita cari sumber berita dan tambah pengetahuan yg tepat.
Jangan mudah terpedaya dgn berita berantai padahal boleh je Google utk kesahihan cerita.