FENOMENA APHELION : APA YANG MESTI ANDA TAHU MENGENAINYA | MOMMYLIZZ


Baru-baru ini,kita dihebohkan dengan mesej berantai di Whatsapp mengenai Fenomena Aphelion.Timbul pelbagai teori perubahan cuaca dan gangguan kesihatan.Ramai yang merasa gusar dan terganggu.Jom kita ambil tahu mengenai fenomena ini.




APA ITU APHELION

Dari sudut Astronomi,Aphelion bermaksud orbit sesebuah planet.Ia berasal dari bahasa Yunani kuno 'Apo' bererti jauh dan 'Helios' bererti matahari.Dalam hal ini,Fenomena Aphelion bermaksud bumi berada pada jarak yang jauh daripada matahari iaitu 1526 juta kilometer.

Perihelion pula bermaksud bumi berada pada jarak paling dekat dengan matahari.




BILA BERLAKU APHELION

Kebiasaanya Aphelion berlaku pada 3 atau 4 Julai setiap tahun manakala Perihelion berlaku pada 3 atau 4 Januari.


KESAN APABILA BERLAKU APHELION 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah,fenomena ini tidak akan membawa kesan ketara kepada suhu Bumi.Beliau juga turut menafikan cuaca sejuk akan menyebabkan seseorang individu mudah terkena penyakit seperti demam, batuk dan sesak nafas kerana ia adalah fenomena semula jadi dan tidak memberi sebarang impak kepada tubuh badan manusia.

Ahli Jawatankuasa Falak Negeri Selangor, Shahrin Ahmad menyatakan bahawa ianya bukanlah fenomena yang berpanjangan seperti musim sejuk atau musim panas,

Kesimpulannya,fenomena ini adalah semula jadi dan berlaku pada setiap tahun.Sekiranya kita menerima mesej berantai dalam media sosial,adalah lebih baik kita menyiasatnya terlebih dahulu agar kita mengetahui kebenarannya dan tidak mudah diserang panik

Post a Comment

8 Comments

Ziana Eunos said…
Baru tau maksud dia. Tq kak share info
shidarahmat said…
Baru tau ade fenomena ni .. tq sharing
Netty Ah Hiyer said…
Berdebar juga masa memula tau tu. Risau sebab kan baru diuji banjir hari tu. Moga kita semua dilindungiNya.
Mrs Pip said…
Aaaa betullah. Ramai juga yg cakap bumi dan matahari saling berjauhan sampaikan ada yg risau semacam.
Tapi dengan kuasa Google, apa salahnya Kita cari sumber berita dan tambah pengetahuan yg tepat.
Jangan mudah terpedaya dgn berita berantai padahal boleh je Google utk kesahihan cerita.
Atul Hamid said…
semua group wasap dapat mesej yang sama hehe sabor jelah, btw tq yong share tentang ni. Sangat menarik info ni.
Dah lama tinggal mata pelajaran geografi,baca dekat sini boleh juga tau info fenomena yg berlaku tq sharring
Ombak Bergigi said…
Baru tahu info ni, tq share. Kalau tak mmg tak tahu kewujudan fenomena ni
Maria Firdz said…
Itulah, ada juga terbaca orang share pasal ni... Zaman sekarang, ramai yang nak jadi pakar kan.. Buat kesimpulan sendiri, pastu sebarkan.. pastu ramai pula yang percaya tu.