13 PUNCA TERJADINYA DIABETES | MOMMYLIZ



Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal.Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.

Menurut buku “Say No To Diabetes” hasil tulisan Patrick Holford,penyakit kencing manis bukan semata-mata makan makanan manis. Sebab itu, ada orang pelik bagaimana dia boleh dapat kencing manis sedangkan dia tidak suka makan makanan manis. Malah mereka tidak sedar mereka sebenarnya mempunyai kadar gula yang sangat tinggi dalam darah.

Jom kita cekidaut!

1- Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi






Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. 

Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

2- Pengambilan “refined carbs” yang banyak



Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium. Refine carb juga dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Tidak dapat dinafi di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenis kuih muih yang enak. Kebanyakan kuih muih tradisi orang Melayu meggunakan tepung dan gula  yang banyak.

3- Tidak beraktiviti



Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis. Ini kerana tenaga tidak digunakan lalu tersimpan sebagai lemak.

4- Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup


Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan hormon kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.

5- Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggang dan perut)


Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

6- MEROKOK



Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes


7- TIDAK MENGAMBIL SAYUR DAN BUAH YANG MENCUKUPI




Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis. Ini kerana tiada fibre yang boleh meyerap gula dalam darah.
 
8- TIDAK MENGAMBIL IKAN DALAM PEMAKANAN



Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis. Omega 3 boleh berfungsi untuk “membakar” gula dalam darah.
 
9- TIDAK MENGAMBIL SUPLIMEN


Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis. Punca utama orang makan berlebihan adalah disebabkan vitamin dan mineral yang tidak mencukupi dalam badan. Pihak Kementerian  Kesihatan Malaysia melaporkan 94 % rakyat Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.


10- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN



Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis.

11- SEJARAH KELUARGA



Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula


12- BERUMUR



Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.


13- KERINTANGAN INSULIN

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan laluan glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.



KLIK IMEJ UNTUK MAKLUMAT LANJUT DIABETES & SHAKLEE


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera





 




Post a Comment

0 Comments