BUG OUT BAG : APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAINYA | MOMMYLIZZ



Pada 5 Oktober,telah dilancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021.Ianya bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak terhadap bencana khususnya bagi menghadapi  musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).




Penganjuran BKN pada Oktober setiap tahun adalah  selaras dengan sambutan International Disaster Day yang disambut pada 13  Oktober. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, bertemakan ‘Keluarga Malaysia Siaga Bencana’,  kesiapsiagaan bencana adalah bermula dari rumah dan menjadi tanggungjawab setiap individu kerana semua orang mempunyai risiko terhadap  potensi bencana.


Untuk pengetahuan , Bulan Kesiapsiagaan Nasional telah dirancang sejak dari tahun 2015 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada masa itu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek KLIK UNTUK INFO


Umumnya,pada pertengahan November sehingga awal Januari adalah fasa dimana kita akan menghadapi musim tengkujuh. Maka disinilah Bug Out Bag diperlukan.


BOB ini terkenal di negara-negara yang sering dilanda musibah ataupun kegunaan untuk para pendaki gunung dan yang suka berkhemah namun sejak kejadian banjir di Selangor dan Pahang baru-baru ini telah menjadi titik tolak kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menyediakannya.


APA ITU BUG OUT BAG (BOB)


Bug Out Bag (BOB) adalah beg yang mengandungi barang-barang keperluan untuk bertahan selama 72 jam ketika berpindah dari pelbagai jenis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.Secara asasnya , ia adalah beg yang mengandungi kit kecemasan peribadi kita.


KENAPA PERLU ADA BOB

  1. Sebagai persediaan awal jika terpaksa keluar dari rumah dlm keadaan tergesa2
  2. Hanya GRAB & GO tanpa perlu mengambil masa utk berfikir dan mengemas apa yg perlu dibawa
  3. Menjauhkan diri dari tempat bencana secepat mungkin
  4. Kit lengkap dengan pelbagai peralatan yg diperlukan utk survived diluar selama 3 hari
  5. Memudahkan serta mempercepatkan proses perpindahan

APA YANG PERLU ADA DALAM BOB 


Berikut adalah beberapa cadangan item yang boleh anda sediakan di dalam BOB.










Ini pula adalah contoh list barangan yang boleh anda sediakan untuk BOB anda. Beli lah mengikut keperluan keluarga sendiri dan kemampuan yang ada




Antara contoh BOB yang dikongsikan di facebook 







oh ya, untuk suplimen,korang boleh juga selitkan Nutriferon di dalam BOB ini.Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.Hanya koyak dan telan atau bancuhkan dengan air!



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.
Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.
Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera




Reactions

Post a Comment

0 Comments