TIPS SENTIASA SIHAT UNTUK PAPA & MAMA





Semua orang mahu sentiasa sihat dan bertenaga. Apatah lagi mereka yang sudah bergelar papa dan mama. Perubahan rutin harian selepas mempunyai anak tentu sahaja turut mengubah gaya hidup anda. Biar bagaimana sibuk sekalipun hari anda berdua jangan lupa jaga kesihatan diri. Ia penting untuk diri sendiri serta anak yang sudah menjadi tanggungjawab kalian.
Banyak perkara boleh dilakukan untuk membuatkan diri sentiasa positif, ceria, bertenaga  walaupun banyak tugasan di rumah dan pejabat yang perlu dilakukan. Mari kita lihat apa cara mudah yang boleh diamalkan untuk gaya hidup sihat dan diri kekal awet muda.

  1. Lakukan senaman ringan. Senaman ringan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak perlu menunggu untuk anda menjadi ahli di gimnasium untuk bersenam. Anda boleh melakukan senaman ringan di rumah bersama isteri/suami dan anak-anak.

  1. Sentiasa berhati-hati ketika bersenam. Jangan abaikan keselamatan ketika melakukan aktiviti senaman. Kecederaan boleh menyebabkan keretakan tulang dan seterusnya menjejaskan anggota badan seperti punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan.

  1. Jaga pemakanan. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang seperti makanan rendah lemak, diet tinggi serat.

  1. Amalkan gaya hidup sihat. Untuk menjaga kesihatan tubuh badan, amalkan banyak minum air masak, jangan merokok, kurangkan alkohol dan makanan segera.

  1. Rajin buat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan tahunan dan nasihat daripada doktor sebelulm melakukan sebarang aktiviti senaman, amalan diet atau pengambilan makanan tambahan membantu anda menjaga kesihatan diri.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments