TIPS UNTUK IBU : PERJALANAN MUDAH DENGAN SUSU IBU





Membuat persiapan pulang ke kampung atau pergi bercuti di musim perayaan pastinya memerlukan perancangan yang teliti. Apatah lagi sekiranya mempunyai sederet anak kecil yang masih memerlukan perhatian dan pelbagai barangan keperluan mesti dibawa bersama.

Bertuah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Anda sebenarnya telah menjimatkan banyak perkara termasuk masa, tenaga dan ruang selain memelihara kesihatan anak daripada bahaya jangkitan ketika bercuti. Meneruskan penyusuan ketika dalam perjalanan banyak membantu anda.

Ada banyak sebab mengapa anda perlu tersenyum sekiranya menjadi ibu menyusu terutama ketika inigin membuat perjalanan jauh bersama keluarga di musim perayaan. Mengapa?

✿ Ibu yang menyusu anak dengan susu ibu mendapati penyusuan membuatkan perjalanan lebih senang berbanding penyusuan susu botol.

✿ Dengan meneruskan penyusuan susu ibu, anak akan terus mendapat bekalan nutrien dan faktor perlindungan yang amat penting untuk melawan sebarang jangkitan yang mana bayi mungkin terdedah kepadanya. Walaupun bayi sudah diperkenalkan kepada makanan tambahan, susu ibu tetap merupakan sumber makanan yang bersih, mudah dan sentiasa berada pada keadaan dan suhu sempurna.

✿ Ibu boleh menyusu mengikut keperluan bayi. Ia menjadi sumber untuk bayi menghilangkan dahaga, menenangkannya ketika tidak selesa ataupun meragam disebabkan oleh tekanan yang menyebabkan telinganya sakit (sekiranya menggunakan kapal terbang) atau keletihan akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Oleh itu, penyusuan akan mengurangkan tekanan pada telinganya.

✿ Hormon prolaktin yang dihasilkan membantu menenangkan ibu dan oksitosin pula menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang, ikatan, komunikasi positif antara ibu dan anak. Ia adalah cara terbaik memenuhi keperluan fizikal dan emosi ibu dan anak. Pastinya ia cara terbaik untuk mengatasi tekanan sepanjang perjalanan yang panjang dan meletihkan.

✿ Melindungi anak daripada bahaya alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan apa-apa peralatan (botol, puting susu dan lain-lain) yang boleh dibasuh dan dibilas. Susu ibu terhasil dalam persekitaran yang paling steril.

Info daripada Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments