BLIGHTED OVUM : KEHAMILAN KOSONG TANPA BAYI DI DALAM KANTUNG





Blighted ovum atau kehamilan kosong terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku, sayangnya embrio yg terbentuk gagal berkembang menjadi janin. Embrio yang terbentuk hanya membentuk kantung kehamilan (gestational sac) Uri dan cairan tuban didalam kantung ini, tetapi tidak membentuk janin. Dalam kes begini, hormon b-hCG tetap dikeluarkan, ujian upt menjadi positif, tetapi kehamilan adan berakhir dengan keguguran. Ia dikaitkan dengan masalah hormon yg tidak seimbang. 

Oleh itu, doktor memberikan masa untuk bayi mengikut takdir yg telah ditetapkan. Jika ia 'Blighted Ovum', kehamilan akan berakhir dengan keguguran dan tiada apa yang dapat menyekat perkara ini berlaku. Melainkan kuasa dariNYA.. 

Blighted ovum merupakan penyebab utama terjadinya keguguran dan 1 daripada 2 kes keguguran berlaku pada trimester pertama kehamilan. Keguguran terjadi ketika kehamilan berakhir dengan sendirinya tidak lebih dari 20 minggu.

Apa penyebab blighted ovum?

Keguguran yang berasal dari blighted ovum kebanyakan berkaitan dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen. Hal ini mungkin disebabkan oleh kualiti sperma atau sel telur yang buruk. Atau mungkin disebabkan oleh pembahagian sel yang abnormal. Sehingga tubuh anda menghentikan kehamilan kerana menyedari keabnormalan ini.

Yang penting untuk difahami, anda tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan keguguran ini dan anda hampir pasti tidak dapat mencegahnya. Pada kebanyakan wanita, blighted ovum hanya terjadi sekali seumur hidup.

Tanda-tanda blighted ovum

Walaupun anda mengalami blighted ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Misalnya, anda tidak datang bulan dan hasil ujian kehamilan yang positif. Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran, seperti:
✹ kejang perut (seperti senggugut)
✹ Pendarahan faraj
✹ Haid yang lebih banyak dari biasa

Jika anda mengalami tanda-tanda tersebut, anda mungkin mengalami keguguran. Namun tidak semua pendarahan pada trimeseter pertama berakhir dengan keguguran. Segera kunjungi doktor jika anda mengalami tanda-tanda tersebut.

Ada juga kes dimana, doktor akan menasihatkan kita utk datang selepas 2-3 minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes dimana janin dapat dikesan baru berkembang. Banyakkan berdoa dan pengambilan supplemen serta makanan berkhasiat adalah perkara terbaik utk dilakukan sebelum proses itu.



Baca lagi : SET KESUBURAN SHAKLEE

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 


Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

0 Comments