SHAKLEE : TIADA LOGO HALAL JAKIM

SOALAN:
Kenapa tiada logo HALAL JAKIM.

JAWAPAN:

JAKIM hanya keluarkan sijil/logo HALAL untuk produk yang dihasilkan di dalam MALAYSIA sahaja. Untuk keluarkan sijil/logo HALAL, pihak JAKIM perlu pergi ke premis-premis yang mengeluarkan produk tersebut. Ada banyak lagi premis yang mohon disahkan HALAL di MALAYSIA ini dan masih dalam senarai menunggu untuk disahkan HALAL. Adakah JAKIM akan ke US untuk menentukan sah HALAL produk SHAKLEE? Jadi, kita serahkan kepada badan berwajib di sana untuk mengeluarkan sijil HALAL ni. Mereka akan sangat terperinci tentang HALAL. Apabila dikatakan HALAL tapi sebenarnya belum disahkan HALAL, syarikat pengeluar boleh di saman berjuta-juta dolar. Maka, Shaklee sendiri sudah sahkan status HALAL ini dalam kelompok produknya. Sebab itulah sijil HALAL dikeluarkan. Jika kita tengok produk lain yang dijual di farmasi pun tiada logo/cop HALAL."

Sijil HALAL dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam US (ISA) dan sijil HALAL ini deperbaharui setiap tahun. Mungkin pada botol Shaklee tiada logo halal kerana sijil telah dikeluarkan dan telah disenaraikan semua produk Shaklee yang disahkan HALAL."




Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk kesihatan lain seperti  produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).

Produk Ostematrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk Shaklee adalah sah dan  menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.


Sumber : Abd Rahman Baco, penulis "Halalkah Ubat Anda?"

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care



Post a Comment

0 Comments