PANDUAN PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES


Tahukah anda bahawa pesakit diabetes atau kencing manis tidak boleh mengambil makanan secara sebarangan.Ini adalah untuk mengawal kadar gula di dalam darah. Diabetes terjadi apabila kadar gula dalam darah adalah melebihi kadar normal.

Bagi anda yang di diagnos dengan penyakit ini , pastinya anda sedang mencari solusi menu pemakanan untuk mengawal diabetes anda.Baca entry ni sampai habis tau !





Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

Susu




Kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. Kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

Salmon 



Salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

Sereal atau Oatmeal



Sereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. Selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber  tenaga. Jadi, lengkapkan sarapan anda dengan sereal atau oatmeal. 


Blueberry



Pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
Pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes. 

Brokoli 



Kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. Peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah

Bawang Putih



Bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.
Reactions

Post a Comment

0 Comments