APA ITU BELL`S PALSY?


Assalamualaikum & salam sejahtera

Korang pernah dengar tak penyakit BELL`S PALSY? Jom kita tambah info hari ni


Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.
“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy.
Pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.


Sejarah
Nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).







Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.Punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui.Selain itu, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.


Simptom dan petanda
Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.Perkara tersebut, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal.

Biasanya,Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus)

Rawatan
Hampir 50% pesakit boleh pulih dalam masa dua hingga tiga minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.
“Sementara itu, 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya lima peratus yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s palsy.

Mengulas lanjut mengenai rawatan yang diberi, doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan.
Sesetengah pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan khusus bergantung kepada tahap yang dilaluinya.

“Pesakit yang menunjukkan kelumpuhan menyeluruh, terutama melalui petunjuk mata dan mulut tidak boleh ditutup pada bahagian terjejas, dirawat dengan pembedahan khas.Adalah dinasihatkan pesakit mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid. Namun dalam kebanyakan kes yang berlaku, steroid dilihat lebih berkesan berbanding antiviral.Turut disarankan pesakit melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun katanya berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.

Pembedahan
Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antaranya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas.Pembedahan mengembalikan senyuman (smile surgery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Rawatan alternatif
“Sebenarnya belum ada satu kajian khusus yang dijalankan bagi membuktikan sama ada rawatan alternatif seperti akupuntur berkesan dalam merawat masalah Bell’s palsy,” kata beliau.Namun doktor tidak menghalang seandainya pesakit ingin mencuba kerana mungkin ia satu rangsangan yang baik untuk saraf, namun keberkesanannya belum terbukti secara saintifik. Walaubagaimanapun sekali pun ingin mencuba rawatan alternatif, doktor tetap menyarankan pesakit agar meneruskan rawatan steroid kerana ia terbukti dan diyakini dalam merawat masalah Bell’s palsy.


baca lagi : VIVIX DAN BELL`S PALSY



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 




FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE





*     *    *



Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.



Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik


Post a Comment

1 Comments