RESEPI MUDAH UNTUK TAMBAH KALSIUM BAGI IBU HAMIL & MENYUSU





Kalau tengah mengandung dan menyusukan anak, wanita memang perlu meningkatkan pengambilan kalsium. Untuk pengetahuan semua ibu, wanita yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin).
Kebanyakan ibu hamil kurang tahu berapa jumlah keperluan kalsium mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari!

Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehingga bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu. Tapi biasanya, orang tak berapa selera untuk makan tauhu begitu sahaja. Apa kata cuba resipi mudah hasil olahan tauhu daripada Chef Sue M Arukin yang memang menjilat jari! Yang penting ia mudah disediakan.

Tofu Chicken Fried Cake


3 biji tauhu putih
2 biji tauhu telur
2 biji telur
2 sudu besar cincangan dada ayam
1 sudu besar cincangan daun bawang
1 sudu besar cincangan daun ketumbar
Garam dan lada sulah secukup rasa


1. Kisar semua bahan hingga lumat. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.


2. Tuang bancuhan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak (supaya tak melekat). Kalau guna loyang segiempat lagi bagus, senang hendak potong dan akan mendapat potongan yang rata.


3. Kukus selama 15 minit atau sehingga nampak tauhu sudah pejal (tekan dengan jari. Kalau tak lembik, maknanya dah okey). Keluarkan daripada loyang dan sejukkan sebentar.


4. Bila sudah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dalam telur yang dibancuh dgn sedikit garam (tiada dalam gambar), sama seperti celup bergedil. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Toskan.



5. Inilah hasilnya selepas digoreng. Hidangkan panas-panas. Cicahlah dengan apa-apa sos pilihan. Selamat menikmati!





Kredit foto & resipi www.facebook.com/SueArukin


SUMBER KALSIUM TERBAIK PILIHAN SAYA?
PASTINYA OSTEMATRIX!


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 






FB PAGE : MOMMY LIZZ HEALTH & BEAUTY CARE


*     *    *

Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee dari saya.Setiap pembelian akan diberikan khidmat nasihat secara percuma.Jika anda ingin mendaftar keahlian Shaklee bersama saya,hubungi saya segera.

Anda juga boleh terus ke mana-mana cawangan Shaklee untuk membuat pembelian atau pendaftaran menggunakan ID 879163 dan anda akan diberikan bimbingan terbaik



Post a Comment

0 Comments