Tuesday, November 25, 2014

KISAH BENAR : DERITA ANAK SEMBELIT TIADA LAGI !!


Assalamuaalikum

Adakah anak-anak anda sering mengalami SEMBELIT ?? Hari ni mommy nak berkongsi dengan pembaca blog mommy mengenai testimoni pengguna MEALSHAKES.Bolehlah ibu-ibu pertimbangkan untuk berikannya kepada si manja anda.Jangan biarkan masalah sembelit menghantui mereka setiap kali hendak membuang!

*****

Salam sejahtera pada pembaca blog semua. 

Pada kali ini jue nak berkongsi suatu pengalaman yang cukup pahit tetapi manis untuk dikenang. Pengalamannya mengenai kisah sembelit yang teruk yang melanda anakku yang sulung iaitu Iris. Iris seorang amat manja, periang, comel, dan selalu menjadi penghibur jue ketika kesunyian dan sedih. Di alah penguat semangat jue untuk teruskan empayar perniagaan jue selama ini.

Ok berbalik pada kisahnya, bermula dari umur setahun lebih, iris selalu diselimuti masalah sembelit yang teruk sehinggakan dia menjadi fobia untuk membuang. Mama mana yang tidak rasa kesian dan sedih apabila melihat anak sakit sehingga mamanya sendiri menangis melihat anak yang menahan sakit berhari-hari untuk membuang. Pelbagai cara pernah dicuba, cucuk ubat ikut bontot pun pernah dicuba, memang ok tetapi masalah itu xpernah hilang sentiasa datang apabila tiba waktu untuk membuang. Ubat tu kan xboleh guna selalu doktor xsarankan guna selalu tambahan lagi iris masih kecil. Selalulah iris mengalami luka di bahagian tersebut, kesian sangat, mungkin faktor tidak mendapat susu ibu yang cukup semasa bayi agaknya. Iris hanya sempat minum susu ibu sedikit sahaja, ini disebabkan kerana jue sendiri mengalami masalah untuk menyusuinya sepenuhnya lantaran susu pun kurang. Jue juga kurang kesedaran tentang betapa pentingnya memberi susu ibu waktu itu.

Akhirnya dalam tahun 2013, tak berapa ingat bulan berapa masa tu, ternampak iklan di PIICM, iklan yang diiklan oleh Master Fazliana sekarang berkaitan penyelesaian masalah anak yang mengalami sembelit. Tanpa fikir panjang terus je jue mengoder mealshakes dengan master fazliana. Setelah memberi iris minum mealshakes dengan susu formula, belum menampakkan kesan yang positif lagi memandangkan dos yang jue berikan pun hanya sesudu kecil mungkin tidak membantu sangat. Jue pun xbertanya langsung pada master Fazliana, jadi hanya main bagi dan ikut arahan yang tertera di canister mealshake tu je. Akhirnya mak jue yang berikan dos yang agak besar sedikit iaitu sesudu besar, selepas itu nampak iris sangat mudah untuk membuang.

Alhamdulillah selesai masalah yang selama ini menimpa iris. Syukur sangat-sangat terima kasih ibuku kerana membantu. Akhirnya jue konsisten berikan iris mealshakes, sampailah sekarang Iris pun dah 5tahun. Dia membesar dengan cergas, sangat aktif, selera makan juga semakin bertambah berbanding dulu. Kulit pun makin cantik dan tidak sensitif, makin bijak berkata-kata berbanding mamanya yang agak pendiam hihi. 



Kat atas ni gambar iris sebelum minum mealshakes dan selepas. Gambar sebelum sebelum tu masa berumur 2tahun, masa ni dia demam selsema dan masih mengalami masalah sembelit, selalu merengeklah juga. Gambar selepas itu gambar yang terkini, alhamdulillah iris semakin ceria dan tiada masalah sembelit serta aktif sangat-sangat.

Kini Iris dah tiada masalah sembelit lagi

Sampai sini sajelah perkongsian dari jue, semoga ia memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama. Cuba je mealshakes jika korang pun mempunyai anak yang mengalami sembelit yang teruk macam anak jue. InshaAllah ia berhasil dengan izin dariNya. Sekian terima kasih.

kredit : Junaida Watie

*****

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

0 comments: