BAHAYA PLASENTA LEKANG : INFO BUAT IBU HAMIL


Plasenta yang lekang terlalu awal dari uterus sememangnya mengundang bahaya. Masalah yang berlaku pada trimester ketiga kehamilan ini memerlukan perhatian yang serius. Jangan ambil ringan akan masalah ini jika ibu menghadapinya.


Plasenta abruption juga dikenali sebagai masalah uri lekang cukUp berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Tidak kira sama ada lekang separuh ataupun sepenuhnya. Plasenta yang berpisah terlalu awal ketika bayi belum lahir boleh memberi kesan kepada bayi yang masih bergantung pada plasenta untuk mendapatkan bekalan makanan dan oksigen.Akibatnya berlaku pendarahan. Semakin besar kawasan lekang, semakin banyak darah yang akan keluar. Ini bermakna ibu dan bayi berada dalam zon berbahaya. Plasenta abruption juga meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan kematian dalam kandungan.

Walaupun masalah ini kerap terjadi pada trimester terakhir kehamilan, namun anda haruslah berhati-hati kerana plasenta abruption boleh berlaku seawal minggu ke-20. Punca masalah ini masih tidak diketahui. Namun paling nyata ialah akibat kemalangan.Dipercayai ada beberapa yang boleh menjadi penyumbang kepada masalah plasenta lekang ini. Antaranya ialah masalah yang sama pada kehamilan lalu, tekanan darah tinggi, mengambil dadah terutamanya jenis kokain, merokok dan kehamilan kembar.

Plasenta abruption sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang banyak, komplikasi darah beku, pengaliran darah yang lemah dan akan merosakkan otak dan buah pinggang, pendarahan teruk selepas bersalin, dan kematian dalam kandungan.Ibu mungkin mengalami masalah ini jika berlaku pendarahan pada vagina bersama dengan rasa sakit.Plasenta abruption akan menyebabkan darah yang keluar itu berwarna merah gelap. Selain keluar ketika sebelum bersalin, darah boleh juga keluar semasa proses kelahiran.

Simptom-simptom yang berlaku sangat berbeza antara seorang wanita dengan wanita lain. Antara simptomnya adalah seperti berikut:
  • Pendarahan pada bahagian vagina.
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Kontraksi pada uterus.
  • Darah dalam kantung amniotik.
  • Muntah-muntah.
  • Dahaga
  • Rasa hendak pitam.
  • Pergerakan bayi semakin lemah.


Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 

Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

2 Comments

  1. terima kasih untuk perkongsian ni!

    ReplyDelete
  2. Pengalaman melahirkan ank yg ke-3.sy mengalami uri lekang.dpt tahu pun masa di hosp tgh sakit nk bersalin.terpksa emergency ceaser.tp Alhamdulillah ibu & anak dua2 selamat.teringat kata2 akhir doktor sblm ceaser.."puan,andaikata rahim puan dh rosak,kami trpksa buang ye"..terus angguk je sbb dh x tahan sakit.Allah masih syg..rahim x dibuang.pengalaman bersalin mmg indah dan setiap ank berbeza dugaan yg dihadapinya...

    ReplyDelete