DARAH TINGGI SEMASA HAMIL : ADAKAH BAHAYA ??


Kehamilan merupakan sesuatu  berita yang mengembirakan bagi pasangan yang sudah berkahwin. Tak kiralah sama ada kehamilan anak keberapa sekalipun.  Bagi ibu yang sihat dan tidak mempunyai masalah semasa hamil pasti berasa gembira ketika bayi berada di dalam kandungan tetapi bagaimana pula dengan ibu yang mempunyai masalah ketika hamil seperti tekanan darah tinggi. Oleh itu di sini saya ingin kongsikan sedikit info berkaitan  dengan tekanan darah tinggi semasa hamil. Ia mungkin boleh dijadikan panduan  untuk wanita-wanita yang sedang hamil  dan mempunyai masalah tekanan darah tinggi ini.

Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh terjadi kerana perubahan berlaku dalam proses perkembangan uri. Perkembangan ini sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri tidak berkembang dan menyembahkan darah tidak mengalir dengan sempurna. Terdapat dua jenis tekanan darah tinggi semasa hamil iaitu berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu di kenali sebagai Essential Hypertension dan berlaku selepas usia kandungan 20 minggu di kenali sebagai Gestational Hypertension.

Wanita Yang Berisiko Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil Ialah:

  • Kehamilan pertama bagi wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun
  • Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum hamil
  • Wanita yang mempunyai penyakit migrain
  • Wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang mengalami PE semasa hamil
  • Wanita yang terlalu kurus atau terlalu rendah
  • Wanita hamil kembar

Kesan Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil Ialah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta
  • Kelahiran pra matang
  • Bayi dalam rahim kurang mendapat zat makanan
  • Perkembangan bayi dalam rahim terganggu
  • Uri terlerai daripada rahim sebelum proses kelahiran bermula

Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil Ialah:
  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram
  • Amalkan makanan yang mengandungi kalium, magnesium dan kalsium
  • Elakkan minum minuman yang beralkohol
  • Perbanyakkan minum air fresh oren dan air asam jawa
  • Jadikan daun sup , tomato dan daun sederi sebagai ulam
  • Bersenam. Anda boleh bersenam dengan senaman yang sesuai untuk ibu hamil. Ia dapat mengurangkan tekanan dan membantu semasa proses kelahiran kelak
  • Buat kerja dengan teratur. Anda tidak perlu kelam kabut semasa melakukan pekerjaan. Selain itu anda boleh minta tolang orang disekeliling anda sekiranya anda perlukan bantuan dan jangan paksa diri anda untuk melakukan sebarang pekerjaan yang anda tidak mampu.

Bagaimana Shaklee dapat membantu anda ?




✿ OMEGA GUARD :
mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar.

✿ ESP :
Kaya dengan Isoflavones yang membantu mengurangkan kadar kolestrol & mengurangkan risiko serangan jantung

✿ OSTEMATRIX :
Sumber kalsium terbaik,mengimbangi tekanan darah & stress

✿ B-COMPLEX :

Membekalkan nutrisi Vitamin B lengkap untuk kesihatan saraf

✿ GARLIC :
Bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. 



Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order, boleh hubungi saya: 

Norliza Binti Othman 
Shaklee Independent Distributor : ID 879163 
sms/whatsapp: 019 2638675
Pm fb : Mommy Lizz Health and Beauty Care

Post a Comment

2 Comments

  1. Alhamdulillah...semasa preggy xde darah tggi cuma sblom preggy tekanan drah rendah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ^^

    Darah rendah tu pun kn jg jugak,silap2 boleh pengsan..

    Mg sihat sokmo sis ;)

    ReplyDelete